Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh dunia akan menyambut perayaan Krismas khas untuk pengganut agama Kristian.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai masyarakat majmuk Malaysia juga tidak terkecuali menyambutnya. Di Pulau Pinang pada hari rabu ini akan diadakan sebuah konsert menyambut Krismas secara besar-besaran yang bakal berlangsung Padang Kota Lama ( Esplanet ). Semoga sambutan ini akan dapat menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia dan kita hidup dalam sebuah komuniti yang aman dan damai.
Perpaduan dikalangan kita yang sudah kita pupuk sejak zaman berzaman lagi jangan lah kita musnahkan disebabkan ideologi politik dan fahaman yang berbeza kerana Malaysia adalah satu-satunya negara yang cukup aman dan damai tanpa ada pergaduhan walaupun dalam masyarakatnya mempunyai pelbagai etnik kaum dan agama.
Di Malaysia kita mudah mencari rezeki dan dek kerana keamanan dan perpaduan inilah Malaysia di datangi pelbagai warga asing untuk mencari nafkah mereka. Yang menunjukan lambakkan warga asing dari pelbagai negera yang kini sudah mencecaj Jutaan orang.
Cuaca dan iklim juga menjadikan kita peniaga pasar malam mampu meraih rezeki saban malam dengan pelbagai jenis jualan di pasar malam. Di bulan Disember ini cuaca nampaknya kembali pulih dan hujan mulai kurang serta ekonomi masyarakat pun dilihat semakin baik , memandangkan mereka mulai berbelanja dengan baik menjadikan kita peniaga pasar malam mampu menarik nafas lega kembali .
Ramai dikalangan kita mengeluh sebelum ini disebabkan hujan yang tidak menentukan, perniagaan yang kurang menguntungkan . Namun di bulan Disember ini masa yang terbaik untuk kita peniaga pasar malam melangsaikan segala hutang yang tertunggak dan menyelesaikan segala bil-bil utiliti yang tertangguh.
HARGAILAH KEAMANAN INI DAN BERSYUKURLAH ATAS ANUGERAH ALLAH PADA MALAYSIA YANG AMAN DAN DAMAI.
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL KEPADA SELURUH PENGGANUT AGAMA KRISTIAN
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA
Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
Dec 23, 2013
Dec 13, 2013
Ubah Minda Dan Persepsi Diri Anda
Ramai di kalangan kita termasuk ibubapa kita sendiri sejak dari kecil hingga dewasa sentiasa menerapkan dalam diri kita sendiri dan kini mungkin diri kita sendiri. Sewaktu kecil ibubapa akan berkata kepada anak, " Mat belajar rajin-rajin nanti bila dah berjaya boleh dapat kerja yang gaji banyak dan berjawatan besar".
Itulah ayat yang akan keluar dari setiap ibubapa khasnya bangsa kita sendiri , orang melayu. Amat jarang kita dengari " Mat belajar rajin-rajin , bila besar nanti boleh jadi usahawan berjaya". Adakah anda boleh terima ayat tersebut.
Isu ini saya timbulkan pada posting kali ini disebabkan dasar diskriminasi yang diperkatakan oleh semua orang , namun saya tidak ingin mengulas soal tersebut sebenarnya. Saya hanya ingin ulaskan kenapa Bangsa Melayu sendiri tidak ingin terjun dalam bidang perniagaan dan hanya nak makan gaji sahaja. Biar pun sekecil mana perniagaan kita atau sekadar menjual nasi lemak hanya 10 bungkus namun kita tetap berjaya kerana tidak mengharapkan orang dan berusaha atas kaki sendiri.
Sesetengah orang berpendapat, " aku ada ijazah tak kan aku nak jual bihunsup kot", ini adalah salah satu yang sudah tercatat di minda orang melayu sendiri dan kebanyakannya berharap mendapat makan gaji dengan pendapatan yang lumayan walaupun terpaksa mengiyakan sahaja dari bos, "Baik tuan, yes Sir, agree sir, setuju tuan".
Kenapa kita sendiri tidak mahu membuka sebuah perniagaan, sekiranya anda mempunyai ijazah atau diploma sekali pun banyak bidang perniagaan yang anda boleh ceburi berdasarkan tahap akademik anda. Yang penting buka minda dan cuba berfikir diluar kotak minda yang sempit. Anda boleh laksanan perniagaan yang bersifat global dan setaraf dengan anda.
Ayat-ayat yang sering kendengaran dikalangan yang takut berniaga adalah:
1. Aku nak berniaga apa ?
2. Takut Rugi ?
3. Ada ke orang nak beli ?
4. Tak ada modal ?
Walaupun anda membuka perniagaan di pasar malam sekalipun sudah tentunya anda perlu menggunakan pekerja, maka dengan ini anda akan dapat menggajikan anak watan . Justeru itu tidak timbul soal diskriminasi atau pun tidak. Jangan salahkan bangsa lain kerana hanya bangsa sendiri sahaja akan membantu bangsa sendiri....jangan harap orang lain.
Kita tunding jari pada diri sendiri kenapa situasi ini boleh berlaku dan cuba anda lihat disekeliling , berapa banyak kedai runcit yang bukan milik bumiputera naik bercambah. Kenapa dan sebabnya?????? mereka berani bersaing dan sanggup berusaha siang dan malam mencari peluang terbaik .
Kita janganlah sekadar menunggu dan melihat, mulai dari sekarang berusaha. Ubah minda yang kolot.." aku ada Ijazah, master dan phd tak layak berniaga di Pasar Malam". Jika persepsi anda masih begini jangan menunding jari 10 tahun dari sekarang kepada sesiapa sebab anda akan kekal makan gaji sampai bersara wajib.
DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DISINI SEGERA