Dec 13, 2013

Ubah Minda Dan Persepsi Diri Anda

Ramai di kalangan kita termasuk ibubapa kita sendiri sejak dari kecil hingga dewasa sentiasa menerapkan dalam diri kita sendiri dan kini mungkin diri kita sendiri. Sewaktu kecil ibubapa akan berkata kepada anak, " Mat belajar rajin-rajin nanti bila dah berjaya boleh dapat kerja yang gaji banyak dan berjawatan besar".

Itulah ayat yang akan keluar dari setiap ibubapa khasnya bangsa kita sendiri , orang melayu. Amat jarang kita dengari " Mat belajar rajin-rajin , bila besar nanti boleh jadi usahawan berjaya". Adakah anda boleh terima ayat tersebut.

Isu ini saya timbulkan pada posting kali ini disebabkan dasar diskriminasi yang diperkatakan oleh semua orang , namun saya tidak ingin mengulas soal tersebut sebenarnya. Saya hanya ingin ulaskan kenapa Bangsa Melayu sendiri tidak ingin terjun dalam bidang perniagaan dan hanya nak makan gaji sahaja. Biar pun sekecil mana perniagaan kita atau sekadar menjual nasi lemak hanya 10 bungkus namun kita tetap berjaya kerana tidak mengharapkan orang dan berusaha atas kaki sendiri.

Sesetengah orang berpendapat, " aku ada ijazah tak kan aku nak jual bihunsup kot", ini adalah salah satu yang sudah tercatat di minda orang melayu sendiri dan kebanyakannya berharap mendapat makan gaji dengan pendapatan yang lumayan walaupun terpaksa mengiyakan sahaja dari bos, "Baik tuan, yes Sir, agree sir, setuju tuan".

Kenapa kita sendiri tidak mahu membuka sebuah perniagaan, sekiranya anda mempunyai ijazah atau diploma sekali pun banyak bidang perniagaan yang anda boleh ceburi berdasarkan tahap akademik anda. Yang penting buka minda dan cuba berfikir diluar  kotak minda yang sempit. Anda boleh laksanan perniagaan yang bersifat global dan setaraf dengan anda.

Ayat-ayat yang sering kendengaran dikalangan yang takut berniaga adalah:

1. Aku nak berniaga apa ?

2. Takut Rugi ?

3. Ada ke orang nak beli ?

4. Tak ada modal ?

Walaupun anda membuka perniagaan di pasar malam sekalipun sudah tentunya anda perlu menggunakan pekerja, maka dengan ini anda akan dapat menggajikan anak watan . Justeru itu tidak timbul soal diskriminasi atau pun tidak. Jangan salahkan bangsa lain kerana hanya bangsa sendiri sahaja akan membantu bangsa sendiri....jangan harap orang lain.

Kita tunding jari pada diri sendiri kenapa situasi ini boleh berlaku dan cuba anda lihat disekeliling , berapa banyak kedai runcit yang bukan milik bumiputera naik bercambah. Kenapa dan sebabnya?????? mereka berani bersaing dan sanggup berusaha siang dan malam mencari peluang terbaik .

Kita janganlah sekadar menunggu dan melihat, mulai dari sekarang berusaha. Ubah minda yang kolot.." aku ada Ijazah, master dan phd tak layak berniaga di Pasar Malam".  Jika persepsi anda masih begini jangan menunding jari 10 tahun dari sekarang kepada sesiapa sebab anda akan kekal makan gaji sampai bersara wajib.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DISINI SEGERA  

No comments :

Post a Comment