Jun 27, 2013

UPTOWN PERDA Kekal dan Tutup

Minggu lepas di Bandar Perda telah menjadi satu isu berkaitan penutupan peniaga di kaki lima jalan berhadapan dengan Petronas, mini market Bandar Perda dan juga mini market Lai Lai.

                           

Pihak MPSP telah mengeluarkan notis dengan meletakkan kain rentang agar tidak membenarkan perniagaan di jalankan di kaki lima kedai sepanjang jalan sehingga ke hadapan kedai makan Gemilang.

Namun kawasan UP Town yang di gezetkan masih di benarkan menjalankan aktiviti perniagaan. Ketidakpuasan hati lahir dari setiap peniaga yang telah menjalankan perniagaan ini agak lama namun disebabkan terdapat rungutan dari peniaga kedai dan penduduk maka MPSP terpaksa bertindak tegas.




Tiada langsung unsur politik disini kerana tindakan MPSP berdasarkan kepentingan masyarakat setempat serta kebersihan . Namun begitu sepanjang Ramadan nanti kawasan tersebut telah mendapat kelulusan dengan adanya Bazaar Ramadan kerana pihak penganjur telah pun mengeluarkan borang dan borang mendapatkan tapak perniagaan telah habis diedarkan.


                                     
Saya tidak ingin mengulas lanjut tentang perkara ini kerana ada pro dan kontra di kalangan peniaga. Memadailah kita berbual soal perniagaan disini dan sensitiviti masyarakat setempat yang banyak membuat aduan tentang kewujudan peniaga disini.

Pelbagai reaksi dibuat di laman-laman sosial mengaitkan tentang UP Town Bandar Perda. Mungkin ramai beranggapan UP TOWN telah ditutup tetapi hakikatnya UP TOWN masih beroperasi macam biasa. Yang ditutup atau lebih tepat tidak dibenarkan berniaga adalah sekitar kaki lima.

Saya sekadar mencadangkan kepada sahabat-sahabat yang tidak mempunyai tapak untuk berniaga, cuba berhubung dengan penganjur Up Town Bayan Baru. Kemungkinan di sana masih mempunyai tapak kosong yang banyak.


DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI SEGERA

No comments :

Post a Comment