Jun 17, 2013

Bila Ribut Membadai - Pasar Malam

Khamis 13 Mei 2013 jam 6 petang Ribut yang tidak di jangka telah membadai Seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai. Kejadian berlaku dengan cukup pantas tanpa disedari oleh peniaga pasar malam.

                                  

Di Pulau Pinang sendiri menyebabkan 2 kematian dilaporkan oleh berita tv. Kejadian ribut ini sudah pasti tidak akan kami lupai dalam catatan sejarah berniaga di pasar malam. Khemah saya sendiri yang mempunyai tiang besi padu juga gagal diselamatkan kerana angin membadai terlalu kuat dan hebat.

Jika sebelum ini angin sebegini sering kami rasai di pasar malam Mengkuang namun pada kali ini di pasar malam Tasek Glugor lebih hebat ..kelajuan angin dicatatkan 70KM sejam mengikut jabatan meterologi Pulau Pinang dan amaran tersebut masih lagi dikekalkan sehingga 19hb nanti,

Di kawasan Seberang Perai, pasar malam yang paling hebat di badai ribut adalah pasar malam pantai bersih kerana kedudukan lokasinya betul-betul di tepi pantai. Dengan itu tiada langsung pelindung apabila angin kuat membadai ke arah mereka. Cerita yang saya dengar dari kawan-kawan adalah semua peralatan perniagaan berterbangan tanpa dapat di selamatkan. Begitu juga dengan situasi di pasar malam Desa Murni yang menyaksikan kebanyakan barang jualan berterbangan.

                              

Tak tahu bagaimana saya nak gambarkan perasaan yang bergelora dijiwa peniaga seperti kami waktu itu, hanya Allah saja maha mengetahui.

Apa yang mampu saya nyatakan adalah rasa simpati yang tak terhingga kepada semua kawan-kawan seangkatan dan semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah dan teruskan berniaga dan jangan berputus harapan, sentiasa berdoa kepada Allah agar rezeki kita akan terus melimpah ruah.

DAPATKAN EBOOK DAN PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM/BAZAAR RAMADAN


No comments :

Post a Comment