Apr 20, 2012

Perbezaan Antara Perhambaan Dan Makan Gaji

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga anda sihat dan ceria selalu.

Hari ini saya ingin mengutarakan sebuah rencana yang cukup menarik yang saya telah baca di ruangan Rencana Utusan Malaysia bertarik 20 April 2012. Rencana ini mungkin akan menimbulkan persepsi pelbagai daripada pembaca namun dari sudut kebernasanya memang logik...




Rasanya anda patut membaca dan berfikir lah secara matang dan mungkin juga akan terbuka pintu hati anda untuk melakukan sesuatu demi masa depan anda...

Sedikit petikan ++++++++>>>>>

RAMAI antara kita berfikir mereka kini hidup di zaman yang bebas tanpa perhambaan. Adakah ini benar ?

Dalam artikel ini, saya akan membawa anda melihat 500-1,000 tahun sebelum ini sewaktu perhambaan masih wujud. Apakah situasi pada waktu itu dan kita akan cuba membuat perbandingannya dengan keadaan pada hari ini.

Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat tiga tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang penyelia dan penyelia ini akan melaporkan kepada bos mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tesebut...

Anda boleh terus membacanya di disini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

DAPATKAN EBOOK PANDUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA BAGI MERUBAH KEHIDUPAN ANDA DISINI

No comments :

Post a Comment