Apr 27, 2012

Akaun VS Ledger

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, sementara menantikan azan Jumaat berkumandang saya mengambil kesempatan dalam beberapa minit ini untuk meulis dan menerangkan sesuatu yang saya rasa kebanyakkan peniaga Pasar Malam kurang mengambil berat atau pun sambil lewa dan ada juga yang langsung tidak mengambil peduli..



Yang saya maksudkan adalah pengiraan wang yang keluar masuk dalam perniagaan harian di pasar malam. Atau lebih tepat lagi buku akaun pengiraan barang yang di beli untuk memulakan perniagaan.

Kebanyakan kawan-kawan yang saya temui menyatakan yang mereka tidak punya ledger seperti ini dan mereka sendiri tidak mengetahui berapa untung dan rugi, yang mereka tahu adalah boleh bayar wang ansuran kereta, rumah dan sebagainya, namun bagi saya sebenarnya itu adalah salah dari segi perniagaan tak kira samada perniagaan yang kecil atau pun besar...

Dalam setiap perniagaan tak kira menjual nasi lemak bungkus sekali pun pengiraan buku ledger keluar masuk wang adalah amat penting sekali bagi melihat prestasi kemajuan perniagaan kita samada perolehi untung atau tidak dan berapa purata pendapatan harian, mingguan dan juga bulanan...

Jika anda seorang peniaga dan anda tidak punya rekod seperti anda ini ...maka anda sebenarnya gagal mencari keuntungan dan juga gagal mengetahui prestasi kemajuan perniagaan anda, ramai di kalangan peniaga pasar malam hanya sekadar menggunakan anggaran sahaja samada untung atau pun rugi dan tidak mendapat pengiraan yang tepat .. maka mungkin anda mengatakan perniagaan ayam goreng anda hanya mencatat keuntungan sekitar RM2000 sebulan namun hakikatnya keuntungan anda mungkin lebih atau kurang kerana semuanya sekadar anggaran.

Baiklah saya akan sambung lagi nanti bagaimana membuat pengiraan modal dan keuntungan dalam perniagaan anda pada posting akan datang...dan saya harap anda akan mendapat penduan dan meledakkan lagi perniagaan pasar malam anda ...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SEBELUM BERMULANYA RAMADAN DI SINI SEGERA

No comments :

Post a Comment