Salam...dalam 2 ke 3 minggu ni cuaca teramatnya panas kat Pulau Pinang ...so inilah kesempatan yang mesti di ambil oleh anda sebagai peniaga Pasar malam...saya nengok sahabat-sahabat yang jual air ...la ni tersenyum sokmo...he he mana tidaknya ..bawa 5 balang pun gerenti habis dan abang yang bawa lori ais kejap-kejap timbul...sampai dia surrender sebab tak dapat cover stok yang kurang disebabkan permintaan yang tinggi dan saya sendiri pun senyum gak cause la ni ais saya gunakan sehari dah cecah sampai 10 bag..biasanya cuma dalam 6 ke 7 bag sahaja dan anak buah yang tukang bancuh air sampai tak menang tangan buat air...
Masa-masa beginilah kita harus bijak memainkan peranan untuk meledakkan perniagaan masing-masing dan jangan sia-siakan anugerah Allah ini dengan lena dan tak nak buat sesuatu.
Bagi anda yang masih duduk diam dan tak tahu nak buat apa selepas balik kerja jam 5 petang saya ada sedikit nasihat untuk anda...
Zaman sekarang ni bukan lagi zaman membuang masa atau duduk melepak sembang ngan kekawan tetapi zaman sekarang manusia berlumba lumba mencari harta dan kekayaan diri sendiri...walau bagaimanapun harus seiring dengan tuntutan agama...agama Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan dan sekiranya umat Islam mantap dari segi ekonomi maka bangsa-bangsa lain akan memandang tinggi pada kita dan janganlah sekadar cukup apa yang ada..buangkan minda negatif anda dengan melakukan sesuatu yang dapat menjana pendapatan tambahan anda dan ceriakanlah keluarga anda tambahan pula bulan puasa dan semakin hampir ..lepas tu dah nak raya pula dan jangan biarkan perayaan anda disambut dengan tangisan anak kecil yang tidak dapat berpakaian baru......
DAPATKAN SEGERA EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE (VERSI BAHASA MELAYU )
Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
Jul 31, 2008
Jul 28, 2008
Pengumuman Penting
Salam...buat seluruh peminat Pasar Malam...untuk makluman anda kini sebuah ebook Rahsia Resipi Bihun Sup Gear Box sudah terbit dan harga asal adalah RM69.99 senaskah..
Tetapi saya ada tawarn terbaik untuk anda dengan harga yang cukup murah dan kompetetif..anda hanya perlu membuat pembelian ebook The Silent Pasar Malam Billionaire yang berharga RM39.99 dan anda akan menerina ebook bonos Resipi bihun sup secara percuma dari saya tanda sokongan anda pada produk keluaran saya ini..
Dapatkan sekarang sementara stok masih ada.!!!!
DAPATKAN SEGERA EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE DISINI
PREVIEW PERCUMA EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE SEPENUHNYA VERSI B.MALAYSIA

Jul 24, 2008
Persediaan Bazaar Ramadan
Salam...
Kini semua diantara peniaga-peniaga hangat memperkatakan soal Bazaar Ramadan yang bakal tiba pada bulan Ramadan nanti dan cuma tinggal lebih kurang sebulan ajer lagi dan kini masing-masing sibuk mempersiapkan segala kelengkapan dan sibuk mencari tapak bazaar Ramadan yang paling murah dan paling ramai pengunjung..
Saya juga tidak terlepas membuat persiapan dengan mencari tapak Bazaar Ramadan...dan saya telah pun membuat bayaran petang tadi di tapak yang setiap tahun akan saya tempah iaitu dalam kawasan masjid daerah Seberang Perai Utara berhadapan bangunan MPSP...tapi harga tapak kali ni naik mendadak...fuh cukup mahal kalau di bezakan dengan tahun-tahun yang lepas....tahun lepas satu tapak berukuran 10 X 10 hanya RM190 sahaja tapi tahun ini mak ai!!! dahsyat , satu tapak RM300 untuk ukuran 10 X 10 dan saya macam biasa kena guna kan 4 tapak sebab barang banyak. Jadi kos bayaran tapak adalah 10 X 10 dan saya ambil 4 tapak , semua kosnya RM1200 termasuk kos bayaran untuk MPSP RM15 so jadinya RM1215....tapi saya yakin yang jualan insyaaalah akan meledakkan cam biasa sebab tu saya berani...saya selalu berpegang pada satu prinsip...mana ada untung kalau tak keluar modal!!!!
Jika anda berminat untuk tambah pendapatan anda ....inilah masa yang paling sesuai..dan saya ada panduan untuk anda....
DAPATKAN DISINI PANDUAN UNTUK BAZAAR RAMADAN ANDA
Jul 20, 2008
Hujan Rahmat
Salam...hari ini 20/7/08 hari ahad....
Apa yang nak saya sampaikan diharap tidak akan melemahkan semangat serta melunturkan hasrat anda berniaga di Pasar Malam...
Hari ini hujan mulai turun di sekitar Pulau Pinang bermula dari jam 12 tengah hari dan berlarutan sehinga jam 11.30 malam dan dikala saya menulis di blog ini pun hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai...dengan tulus dan ikhlas ingin saya nyatakan secara jujur..saya menanggung kerugian hari ini sebanyak RM450..
Jangan terkejut dan itulah kerugian tertinggi saya tanggung dalam tempoh 2 tahun ini yang paling tinggi...nak buat cam mana dah tak ada rezeki namun untuk pekerja saya..gaji tetap di bayar penuh pada setiap orang...saya redha dengan rezeki Allah dan tak sedikit pun rasa kecewa dengan kehendakknya....saya tidak suka menipu pada anda jika saya rugi saya akan katakan rugi tapi jika untung saya akan katakan untung..
Perkiraannya saya masih lagi untung sebenarnya kerana semalam 19/7/08 keuntungan bersih saya adalah sebanyak RM700 dan jika dikira kerugian hari ini maka keuntungan masih ada pada tahap RM200 ke RM250..sebab itu saya katakan kita jangan hanya melihat kerugian hari sahaja tapi lihat semula pada keuntungan hari-hari yang lepas justeru itu anda jangan susah hati atau ingin membatalkan hasrat anda ingin berniaga di Pasar malam..dan saranan saya teruskan juga...tidak ada perniagaan yang tidak mempunyai risiko...tetapkan hasrat dan niat anda ..maju kehadapan..
ANDA NAK NIKAH TAPI GUGUP.. DAPATKAN PANDUAN DAN TIP DARI SAYA DISINI

Salah Faham Dan Tanggapan Negatif Terhadap Peniagaan Pasar Malam
Salam....semoga anda sekeluarga sihat dan walafiat..
Terpanggil sekali lagi saya mengulas soal perniagaan Pasar Malam atas dasar negatif yang banyak diluahkan oleh segelintir sahabat-sahabat diruangan-ruangan forum atau artikel yang diterbitkan.
Mereka-mereka ini telah mengakui pernah menjalankan perniagaan pasar malam suatu ketika dahulu dan pernah merasai kehebatan dan keperitan dalam perniagaan ini .Namun mereka gagal melayarinya sehingga kepenghujung aturcara atau jalan cerita dek kelemahan diri sendiri yang saya dapat pastikan dan pemilihan produk yang kurang tepat.
Banyak luahan dan rintihan berkisar tentang hujan dan penat tapi masuk tak seberapa...adakah tanggapan ini benar?
Isyyyh saya pun rasa pelik kenapa begitu tipis dan mudah mengalah ...dan saya kenal pasti yang golongan-golongan ini tak nak rugi dan kurang modal pusingan atau kurang ilmu pengetahuan serta malu dengan suasana persekitaran....
Untuk anda lebih berkeyakinan dan lebih mampu mengorak langkah yang lebih jauh maka saya sarankan kepada anda dapatkan segera ebook The Silent Pasar Malam Billionaire yang memuatkan segala Tip, Panduan Dan Ilmu yang cukup berkesan...

Jul 18, 2008
Adakah Kenaikkan Minyak Dan Barangan Membebankan Peniaga Pasar Malam
Salam.....Adakah kenaikkan minyak dan barangan membebankan peniaga Pasar Malam ?
Mungkin sedikit sebanyak membeban kami golongan peniaga Pasar Malam tetapi kita perlu jugak mendapatkan stok untuk meneruskan perniagaan ini...mahal ke? harga minyak naik ke? terpaksa kita teruskan juga perniagaan untuk menyambung duit poket yang akan sentiasa mengalir keluar..
Tetapi cuba anda perhatikan sikap atau gaya hidup masyarakat Malaysia...kebiasaannya jika timbul sesuatu isu baru, perkara ini hanya akan panas atau hangat di perkatakan dalam tempoh seminggu atau sebulan 2 sahaja...macam sekarang ni semua kenderaan saya lihat dah bergerak macam biasa di jalan-jalan raya dan jambatan Pulau Pinang pun dah makin sesak...inilah sikap rakyat Malaysia..akan lupa dalam dalam sekelip masa tentang harga minyak yang mahal...
Begitulah juga dengan kami peniaga Pasar malam ni yang rata-rata sekarang ni dah boleh tersenyum lebar kembali kerana kuasa membeli rakyat Malaysia tidak tersekat dan kembali normal . Contohnya baru-baru ni Persatuan Pengguna Melancarkan hari tidak berbelanja pada 16/7/08...namun apa yang saya perhatikan aktiviti perniagaan Pasar Malam berjalan seperti biasa dan jualan bihun sup saya tetap habis macam biasa jugak...justeru itu anda perlu mengambil satu sikap yang positif..setiap orang tetap akan membeli makanan . Pakaian mungkin dapat di tahan dari dibeli tetapi makanan adalah keperluan untuk hidup...
Dikala zaman inflasi yang merudum ini...saya kekadang terasa sedih dengan sikap segolongan manusia yang masih lagi malas untuk mencari pendapatan tambahan dengan membuat kerja part time dan lebih suka menjadi pemalas dan suka melepak ...bila duit tak cukup mula menyalahkan pelbagai pihak dan termasuk menyalahkan kerajaan...apa yang perlu kita lakukan sekarang ni jangan menunding jari pada sesiapa tetapi terus berusaha menambah pendapatan untuk keluarga kita dengan mencari perkerjaan part time sebagai contohnya anda boleh berniaga di Pasar Malam......
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PADAT DENGAN MAKLUMAT DISINI
Jul 17, 2008
Jul 13, 2008
Gagal Pertama Kali Belum Berakhir Hidup Anda
Salam.....
Saya terpanggil untuk meluahkan sedikit pandangan berkaitan kegagalan yang pernah dialami oleh sesetengah dikalangan anda kerana kegagalan ini banyak saya baca di forum-forum dan mereka meluahkan perasaan akan kegagalan diri mereka berniaga di Pasar Malam.
Fikir secara positif ...perniagaan apa yang tidak mempunyai risiko dan hanya nak untung setiap masa...saya rasa tidak ada , kerana arus gelombang perniagaan ada pasang dan surutnya jadi terpulanglah kepada kebijaksanaan anda...jika tidak masakan saya mampu membesarkan 4 orang anak yang kini mula meningkat dewasa dan terpaksa memenuhi keperluan asas mereka...
Insyaallah dengan kegigihan diri kita dan kerajinan serta ilmu yang kita pelajari serta rajin bertanya dan sentiasa membuat perubahan serta sentiasa memperbaiki mutu produk kita ..saya yakin kita akan berjaya....
MUDAH ANDA PEROLEHI RM 100 HINGGA RM 200 SEHARI DISINI
Jul 11, 2008
Untung Dan Rugi
Salam.......
Dalam perniagaan tak kira samada anda terlibat secara online atau offline risiko kerugian akan tetap ada...jangan anda katakan yang online adalah tiada risiko...lainlah kalau anda hanyalah sebagai affiliate dan tidak mempunyai website atau produk anda sendiri...ini bukan dikatakan perniagaan kerana anda hanya sebagai pekerja yang menjual produk orang lain dan di bayar komisyen..
Tetapi anda akan di katakan seorang peniaga jika mempunyai produk anda sendiri dan melantik affiliate-affiliate untuk menjual produk anda...jadi kenapa masih risaukan kerugian...

Jul 10, 2008
Ebook Percuma
Salam....
Pengumuman buat semua sahabat yang telah membeli ebook The Silent Pasar Malam Billionaire...
Anda akan menerima sebuah ebook percuma bertajuk LEDAKKAN BIHUNSUP GEAR BOX UNTUK BAZAAR RAMADAN ANDA
Ebook ini akan di hantar ke email anda pada bulan Ogos 2008.

Jul 9, 2008
Kenapa? Anda Gagal Dengan Pasar Malam
Salam....pernahkah anda terfikir kenapa aku masih gagal dengan perniagaan yang mudah diPasar Malam?
Cuba tanya pada diri anda sendiri...dimanakah silapnya, sedangkan aku dah lama berniaga ...budak-budak yang baru masuk berniaga sekarang ni cukup hebat dan jualan mereka cukup laris...terfikirkah anda apa kesilapan diri anda.
Ok, saya ada sedikit tip dan panduan untuk anda meningkatkan jualan anda:
1. Mungkin anda dah berniaga hampir 10 tahun atau lebih, maka mungkin cara perniagaan anda masih lagi sistem lama , dari segi persembahan anda iaitu layout, susun atur dan gaya anda.
2. Ubah cara anda mengikut trend sekarang di zaman mellinium dengan upgredkan susun atur barangan anda, misalnya anda menjual keropok Lekor...mungkin dulu keropok dilonggok didalam talam aluminium tetapi sekarang stail baru..semuanya dilonggokkan kedalam bakul rotan berbentuk leper, dan keropok Lekor juga dimasukkan ke dalam "Cup" seperti jagung.
3. Tukar lapik meja hadapan anda dengan warna yang terang samada merah, kuning atau biru dengan hanya satu warna sahaja...kalau dulu mungkin lapik meja anda berwarna-warni tetapi zaman sekarang tak relevan lagi.
4. Penampilan diri anda sendiri, mungkin kini usia anda sudah meningkat tua (veteran) tetapi cara pemakaian anda jangan terikut-ikut seusia anda kerana pembeli akan melihat keterampilan peniaga itu sendiri...jangan malu untuk memsukkan baju kedalam seluar anda ..dan pasti anda kelihatan segak...
5. Layanlah pelanggan dengan bersungguh-sungguh, walaupun pelanggan sekadar bertanya dan dengan penuh senyuman ikhlas!!!!
Nak lagi...he he he

Jul 6, 2008
Ramadan Al- Mubaraq
Salam....mungkin antara sedar atau tidak hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadan dan di jangka pada 1/9/08.
Banyak perkara yang boleh kita manafaatkan didalam bulan Ramadan ini dan antaranya, berpuasa dah menjadi wajib keatas setiap umat Islam yang cukup syaratnya, beramal ibadat pada sebelah siang dan malam, berbuat baik dan sentiasa beramal untuk menjana pahala di akhirat kelak.
Tetapi bagaimana anda juga boleh manafaatkan bulan Ramadan untuk menjana pendapatan tambahan dengan berniaga di Bazaar Ramadan...dan tentu pada hari raya nanti anda dan keluarga akan bergembira dengan mempunyai pakaian dan kelengkapan baru ...
Rahsianya adalah dengan ebook The Silent Pasar Malam Billionaire...dan anda boleh hantarkan email ke www.support@wangpasarmalam.com..untuk anda review ebook ini yang mana anda boleh praktikkan untuk Bazaar Ramadan anda...dan anda juga akan menerima ebook percuma dengan Ledakkan Bihunsup Gear Box Ramadan anda pada Ogos nanti..cepat dapatkan segera...

Jul 3, 2008
Bagaimana Mendapatkan Lesen Perniagaan
Salam....ramai yang berpendapat susah untuk mendapatkan lesen perniagaan Pasar Malam dari Pihak Berkuasa Tempatan.
Sebenarnya tidak susah kerana anda hanya perlu melakukan beberapa perkara mudah sahaja seperti dibawah:
1. Dapatkan borang di Majlis Bandaran tempat tinggal anda.
2. Isikan borang tersebut dengan mengikut segala arahan yang tertera seperti jenis perniagaan anda.
3. Sekiranya anda menjual produk makanan, anda terlebih dahulu harus mengikuti kursus pengendali makanan yang dianjurkan selama 8 jam sahaja dan anda akan dikenakan yuran penyertaan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
4. Setelah itu anda akan diberikan lesen berniaga selama setahun dengan bayaran mengikut lokasi Majlis Daerah Anda Masing-masing.....
5. Untuk peniaga makanan , anda akan diberi suntikan pelalian iaitu Typhoid dan ubat cacing.