Salam...dalam 2 ke 3 minggu ni cuaca teramatnya panas kat Pulau Pinang ...so inilah kesempatan yang mesti di ambil oleh anda sebagai peniaga Pasar malam...saya nengok sahabat-sahabat yang jual air ...la ni tersenyum sokmo...he he mana tidaknya ..bawa 5 balang pun gerenti habis dan abang yang bawa lori ais kejap-kejap timbul...sampai dia surrender sebab tak dapat cover stok yang kurang disebabkan permintaan yang tinggi dan saya sendiri pun senyum gak cause la ni ais saya gunakan sehari dah cecah sampai 10 bag..biasanya cuma dalam 6 ke 7 bag sahaja dan anak buah yang tukang bancuh air sampai tak menang tangan buat air...
Masa-masa beginilah kita harus bijak memainkan peranan untuk meledakkan perniagaan masing-masing dan jangan sia-siakan anugerah Allah ini dengan lena dan tak nak buat sesuatu.
Bagi anda yang masih duduk diam dan tak tahu nak buat apa selepas balik kerja jam 5 petang saya ada sedikit nasihat untuk anda...
Zaman sekarang ni bukan lagi zaman membuang masa atau duduk melepak sembang ngan kekawan tetapi zaman sekarang manusia berlumba lumba mencari harta dan kekayaan diri sendiri...walau bagaimanapun harus seiring dengan tuntutan agama...agama Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan dan sekiranya umat Islam mantap dari segi ekonomi maka bangsa-bangsa lain akan memandang tinggi pada kita dan janganlah sekadar cukup apa yang ada..buangkan minda negatif anda dengan melakukan sesuatu yang dapat menjana pendapatan tambahan anda dan ceriakanlah keluarga anda tambahan pula bulan puasa dan semakin hampir ..lepas tu dah nak raya pula dan jangan biarkan perayaan anda disambut dengan tangisan anak kecil yang tidak dapat berpakaian baru......
DAPATKAN SEGERA EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE (VERSI BAHASA MELAYU )
No comments :
Post a Comment