Dalam dunia perniagaan boleh diibaratkan macam coklat Chofat kejap ada kejap hilang??
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan niaga pasar malam, rakan niaga Tone Plus Tone WoW dan Rakan Askar Pencen...
Tergerak hati saya untuk menulis tentang konsistensi dalam perniagaan tapi kali ini ianya lebih menjurus pada perniagaan Simkad Tone WoW yang sedang viral dan laris macam pisang goreng panas.
Pengalaman saya berkhidmat dalam tentera selama 22 tahun, berniaga di Pasar Malam selama 21 tahun dan menjadi usahawan SimKad Tone Plus Tone WoW selama 1 tahun 11 bulan telah memberi banyak pengalaman yang cukup berharga dan tak boleh dijual beli dengan wang ringgit.
Bagaimana saya kekal konsisten berniaga di pasar malam selama 21 tahun, tapi ada yang baru berniaga simkad Tone Plus atau Simkad Tone WoW tidak konsisten...
Mereka pada awalnya cukup bersemangat , cukup ranggi, cukup menyerlah. Iklan sana sini, dalam group cukup havoc. Pos dalam fb ke sana ke sini jumpa rakan niaga, cuti sana cuti sini dengan tagline gaji tone plus payung.
Tapi tiba-tiba 6 bulan atau 1 tahun kemudian hilang macam tu ja, kenapa?
Baik, saya nak buat sedikit ulasan dari pemerhatian dan pengamatan selama saya terlibat dalam perniagaan SimKad Tone Plus Tone WoW.
Beberapa faktor yang saya kenal pasti seperti dibawah:
1. Dulu semasa awal join tone plus ramai yang nak cepat dapat komisen yang banyak dan nak dapatkan Royalti Allocate kad, apatah lagi upline atau Leader sentasa brain wash, kalau nak cepat kena beli pangkat. Contoh SC, PSC dan Branch.
Maka ramai dikalangan mereka sanggup meminjam dan ada juga sanggup buat Loan untuk pangkat2 itu...
Tapi tanpa mereka sedar, mereka wajib menjual kad sampai habis untuk dapatkan kembali nilai pelaburan tersebut yang untuk SC RM88++, PSC RM18,+++ dan Branch RM100,+++. Jangan terkejut ya.
Jadi bila mereka gagal menjual kad dan tidak mendapat semula modal maka mereka kecewa dan putus asa so mereka terus lenyap .
2. Mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang mereka baca difb, Insta atau pun dalam Group Whatsapp ...maksud saya adalah mereka sering melihat kejayaan seseorang bukan pada sudut diri sendiri, bukan keupayaan diri sendiri.
Saya bagi contoh. Si Ahmad sering pos berjumpa prospek setiap hari, siang dan malam. Lepak sana lepak sini dengan rakan niaga. Segalanya nampak cukup menarik bila dilihat dari mata kasar .
Tapi kita lupa yang kita bukan Ahmad ,kita sudah ada keluarga. Anak dan Isteri ada dirumah sedang menanti tapi kita nak juga ikut cara Ahmad yang masih bujang dan tiada komitmen dengan rumah tangga.
Bila kita redah ja macam orang bujang maka isu-isu rumahtangga pasti akan timbul dan membuatkan pasangan tidak selesa maka pergaduhan pun berlaku menyebabkan mereka tawar hati nak jadi usahawan Tone WoW Tone Plus.
3. Status diri seseorang juga amat penting yang juga boleh dikaitkan dengan kegagalan meneruskan perniagaan ini. Johari berumur 21 tahun dan pendapatan dia dengan simkad Tone Plus Tone WoW sebulan adalah RM1300.
Johari rasa selesa dengan pendapatan begitu dan istiharkan yang dia adalah usahawan Tone Plus Tone WoW full time. Dia hanya berniaga simkad ini saja siang dan malam....Boleh tak kita yang dah berkahwin ikut cara Johari. Apa pendapat anda???
Sebenarnya SALAH sama sekali. Yang dah berkahwin tak boleh ikut cara Johari sebabnya, dia makan minum mak bapa yang tanggung dirumah. Johari tak perlu fikirkan apa masalah dirumah sebab ibubapa yang fikirkan. Nak makan mak dah sediakan makan minum. Bangun pagi buka tudung saji. Pendapatan TP Tone WoW memang la cukup untuk dia seorang.
Tapi bagaimana dengan anda, bolehkah anda ikut cara Johari. Anda terpaksa tanggung anak dan isteri , kena beli keperluan dapur dan perbelanjaan keluarga. Pendapatan TP Tone WoW RM1300 memang tidak cukup so jangan ambil keputusan berhenti kerja.
4. Group Whatsapp adakalanya dinaungi oleh admin-admin yang suka menekan dan agak kasar dan keterlaluan, posting-posting hanya nak suruh beli kad dan berniaga.
Pagi, petang, siang dan malam tiada cerita lain. Kalau kamu tak beli kad kamu rugi, kamu ketinggalan..kamu orang malas dan banyak lagi yang tak perlu saya ulaskan disini.
Dah tu soalan-soalan yang diajukan tidak dijawab atau lebih memberi perhatian terhadap promosi nak jual kad sahaja.
Bila ahli komen admin plak cepat melatah, cepat angin, cepat melenting maka lama kelamaan mereka akan tawar hati dan langsung tidak berminat nak guna simkad TP Tone WoW apatah lagi nak jadi usahawan..
5. Jika umur anda 20an anda mampu lari pantas, jika 30an anda tetap mampu berlari, umur 40an anda beransur perlahan dan masuk umur 50an anda mulai berjalan...adakah ini semua benar?
Jawapan saya, ya memang benar.
Saya bina perniagaan Bihunsup dipasar malam pada usia 28 tahun hingga sekara ng . Dulu saya mampu bekerja seorang diri dan cukup kuat tapi sekarang tenaga saya semakin berkurangan akibat usia sudah 50 tahun.
Namun begitu kita perlu bijak untuk tangani perkara ini, maksud saya faktor usia bukan penghalang cumanya beraksi macam usia kita sekarang bukan usia orang lain.
RUMUSAN DIATAS ADALAH SEDIKIT SEBANYAK FAKTOR YANG MENYEBABKAN RAMAI GAGAL UNTUK MENERUSKAN PERNIAGAAN SIMKAD TP TONE WOW..
Nasihat saya jadilah diri anda, jangan terpengaruh dengan cara orang kerana mereka lain dan anda lain..
Pujilah anak isteri sendiri bukan anak isteri orang. Cermin diri sendiri bukan dicermin nampak wajah orang lain..
Jika anda nak terus kekal dengan perniagaan simkad Tone Plus Tone WoW yang cukup menguntungkan ini maka ikutlah nasihat saya dan saya amat yakin anda akan terus kekal dan berjaya macam saya Insha Allah , Aamiin
Aree aka Zul Karnai
KaizenMutiara
0134704110
Pengedar SimKad Tone WoW Penang
http://daftarmudahtoneplusdisini.wasap.my/penerangan