Sep 12, 2017

Mental Block Penghalang Kejayaan Anda Dengan Simkad TonePlus

Reaksi Spontan setiap manusia perihal negatif sentiasa ada dan ini di sebut "Mental Block" perkara ini boleh menghalang dari anda berjaya dengan simkad Tone Plus..
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sedikit kelainan posting abg Aree hari ni. Abg nak kongsi sesuatu dengan anda diluar sana yang agak hebat dan mungkin baru bagi anda. "MENTAL BLOCK" tak paham tak apa..Abg ulas dibawah.
Ada sesiapa yang pernah dengar atau pernah alami "Mental Block". Pastinya ada yang pernah dengar dan pernah alami, juga yang masih blurrr apa itu "Mental Block" , tapi jangan risau ianya tidak susah untuk difahami..






Analogi atau Definasi "Mental block"  itu adalah bagaimana reaksi otak yakni cara pemikiran tidak rasional sesorang atau "Negative Thinking" yang menyebabkan kegagalan dalam bertindak.
Ada 12 jenis Mental Block. Tapi abg akan ulaskan 10 jenis sahaja untuk hari ini.. 磊
1) Mental block hitam atau putih (All or Nothing)
- orang jenis ni sukakan kesempurnaan.
Contoh :
Berfikiran jika dia tidak melakukan sesuatu pasti tidak akan berdaya mendapatkan sesuatu. Kalau aku tak gosok (iron) baju pasti tak hansome藍
2) Mental block general
- orang yang suka menyamakan semua benda sama.
Contoh :
Orang politik semua sama ja 6x6. Juga orang yang menjual produk barangan MLM adalah sama tetap menipu.
3) Mental block filter
- orang yang suka pandang dari satu sudut jer.
Contoh :
Orang macam ni hanya memandang pada satu sudut atau satu perkara sahaja yang mampu selesaikan sesuatu hal seperti pengiklanan hanya ada di Google Ads sahaja, lain tempat tiada. Tanyar pancit kalau kedai Ahmad tutup lain kedai tak boleh tampal
4) Mental block jumping into conclusion
Terbahagi kepada 2 jenis :
Mind Reading -
contoh : Suka membuat telahan jika membaca sesuatu tak kira samada fb,whatsapp atau pertuturan orang dan menganggap segala itu ditujukan padanya.
Fortune Telling -
contoh :
Pemiikiran
mudah untuk diertikan adalah anda tidak mahu simpan stok barang kerana beranggapan jika simpan stok takut nanti tak habis terjual.
5) Mental Block Emotional Reasoning
- Perasaan yang ada dalam diri agar apa yang telah dia lakukan akan orang lakukan perkara yang sama.
Contoh :
Ketika sambutan hari lahir suami/isteri dia bagi hadiah so dia nak kembali balasan seperti itu.
6) Mental Block Labelling
- Suka melabelkan diri sendiri atau orang lain.
Contoh :
Saya suka mengatakan saya sudah "Old Timer", otak lambat menangkap atau belajar.
7) Mental Block Disqualifying The Positive
- Orang yang suka menolak/deny  pujian dari orang lain
Contoh :
Hebat la hang Aree dapat kontrol Simkad Tone Plus Penang.
Dak aihhh aku tak hebat pun..
Sepatutnya perlu dijawab..alhamdulillah segalanya datang dari Allah.Aminn
8) Mental Block Magnification
- Orang yang suka membesarkan benda kecik atau mengecikkan benda besar.
Contoh :
Suka melambat-lambat kerja yang perlu disegerakan. Pelanggan whatsaap jam 9 pagi nak tanya produk dijawabnya jam 8 malam邏
9) Mental Block Should / Must
- Orang yang MESTI dapatkan apa yang dia nak. Atau bila dia promosi sesuatu barang, pelanggan kena beli.
Contoh :
Saya penjual simkad Tone Plus dan saya ada downline. Saya berjaya menjual 100 keping kad sebulan dan saya nak downline saya juga menjual kuantiti macam saya tapi saya tidak pernah mengambil tahu samada mereka berupaya atau tidak menjual sebanyak itu, yang saya mahu tahu adalah sebulan 100 keping
10) Mental Block Personalisation
- Orang yang suka meletakkan kesalahan atas diri sendiri jika berlaku sesuatu perkara atau musibah.
Contoh :
Simkad Tone Plus dijual pada harga RM98 tapi saya bagi RM78 sahaja, kemudian orang tersebut guna tak sampai sebulan dia terminate, saya rasa macam rugi. Menyesal saya diskaun dahulu藍
Semoga panduan dan tip ini mampu mengubah diri anda dengan memahami ciri Mental Block yang wujud dalam diri anda. Jumpa lagi nanti bagaimana untuk anda *Unlock Mental Block*

No comments :

Post a Comment