Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
Sep 29, 2016
Permasalahan Minyak Enjin Menitis Di Lantai
Sedikit sebanyak ilmu yang ada ingin saya kongsikan buat rakan-rakan tak kira siapa sahaja. Perkara ini berlaku kepada kereta Naza Ria yang saya gunakan. Masuk ini kali kedua ianya berlaku.
Kali pertama berlaku 6 tahun yang lalu menyebabkan saya menjadi panik sehingga tidak berani menghidupkan enjin kereta. Apabila saya talipon kedai pomen maka khidmat nasihat mereka menyenangkan diri saya.
Ini kali kedua minyak enjin menitis dilantai parking namun ianya tidak merunsingkan saya apabila pengalaman lalu yang saya ada menjadikan saya tenang. Saya hanya perlu tambahkan minyak enjin sekiranya kurang dan tunggu sehingga tiba masa untuk tukar "timing belt" untuk sekali tukar "oil seal" yang dah rosak atau haus. Sebab ianya tidak mendatangkan masalah.
Anda Boleh Ikuti Panduan Di Bawah
SIAPA yang tidak suka melihat kereta berkilat? Pasti semua bersetuju dengan kenyataan itu. Sememangnya kereta berkilat apabila dibasuh menyelesakan mata kita. Tapi adakah ia bagus terhadap kereta ataupun komponen kereta kita? Mari kita kupas sedikit isu ini.
Sebenarnya penggunaan air terhadap enjin boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Masa kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian khas. Semburkan sahaja bahan berkenaan di tempat yang perlu dan biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlulah diberi perhatian dan dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana ia boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.
Selain gris, debu atau lumpur melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan berlakunya litar pintas.
Pada terminal bateri pula jika ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.
Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi perlu hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri.
Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga pastikan sentiasa terbuka.
Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan perlu memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, iaitu elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.
Jika sedar ada minyak pelincir bocor, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.
Elakkan sabun basuh
Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.
Biasanya minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.
Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, kadangkala anda sebenarnya 'membantu' memajukan perniagaan mereka.
Jika bersihkan bahagian luar pula lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.
Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.
Debu dan lumpur pada kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam.
Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, guna kain bersih basah. Penggunaan kain kering boleh sebabkan calar atau goresan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Jika basuh gunakan sabun, jangan biarkan sabun terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.
Selepas dibasuh, keringkan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA
No comments :
Post a Comment