Sep 8, 2016

Kamikaze - Perjuangan Pasar Malam

Kisah Hidup Peniaga Pasar Malam Yang Hebat Bertungkus Lumus Mencari Rezeki Terlalu Hebat Untuk DiGambarkan Dan Saya Menggelarkan Kamikaze.
Kamikaze (Bahasa Jepun "angin ketuhanan") ialah istilah bahasa Jepun yang asalnya diberi kepada sebuah taufan yang menyelamatkan negara Jepun dari serangan Empayar Mongol dengan menghancurkan seluruh armada Mongol pada abad ke-13. Dalam penggunaan antarabangsa, perkataankamikaze memaksudkan pasukan tentera udara berani mati Empayar Jepun dan serangannya terhadap kapal-kapal Kuasa-Kuasa Bersekutu pada tahun-tahun terakhir Perang Dunia Kedua.
Ramai di kalangan masyarakat barat yang percaya bahawa istilah kamikaze digunakan oleh tentera Jepun untuk juruterbang, tetapi nama yang sebetulnya ialah tokubetsu kōgeki tai (特別攻撃隊?, unit serangan khas), atau singkatannya tokkōtai (特攻隊?). Pasukan juruterbang serangan berani mati Tentera Laut pula dipanggil shinpū tokubetsu kōgeki tai (神風特別攻撃隊?, Unit Serangan Khas Angin Ketuhanan). Pihak penterjemah Amerika Syarikat tersalah catat transkripsi tulisan kanji bagi shinpū ( 神風) sebagai kamikaze. Maka larisnya penggunaan istilah kamikaze, sehingga diterima oleh masyarakat Jepun selepas perang.
Sejarah
Kiyoshi Ogawa, juruterbangkamikaze yang menyerang kapal induk pesawat udara USS Bunker Hill (lihat gambar di kanan).


Kapal USS Bunker Hill diserang oleh Ogawa (lihat gambar di kiri) dan seorang lagi pejuangkamikaze berhampiran pulau Kyūshū pada 11 Mei 1945. 372 dari 2,600 orang anak kapalnya terkorban.
Setelah menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, Tentera Laut dan Tentera Udara Jepun mengalami kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pertempuran penting, seperti di Midway dan Laut Filipina, lebih-lebih lagi banyak kehilangan kapalnya (termasuk hampir semua kapal induk pesawat udara), beratus-ratus pesawat pejuang, dan keguguran ramai sekali juruterbang handalannya. Sektor perindustrian Jepun kekurangan sumber dan kurang berada berbanding perindustrian Amerika Syarikat. Oleh demikian, Amerika Syarikat lebih cepat menggantikan kapal dan pesawat yang hilang dengan yang baru, padahal Jepun pula cuma mampu membuat sebilangan kecil, itupun mutunya tidak memuaskan. Pada tahun 1943-44, tentera Berikat semakin mara ke arah Jepun. Dalam Pertempuran Laut Filipina pada 19-20 Jun 1944, tentera Jepun terpaksa berundur ke Filipina.
Pada 15 Julai, Pulau Saipan (di Kepulauan Mariana Utara) ditawan oleh angkatan tentera Berikat, lantas memudahkan Tentera Udara Amerika Syarikat menyerang Jepun dengan menggunakan pesawat pengebom B-29 Superfortress. Setelah jatuhnya Saipan, para komander tentera Jepun sedar bahawa pihak Berikat seterusnya akan cuba menawan Filipina yang amat bernilai kerana terletak di antara lapangan minyak Asia Tenggara dan Jepun. Sekiranya kehilangan Filipina, pihak Jepun akan mengalami kekurangan bahan api untuk kapal-kapalnya. Pada 17 Oktober, tentera Berikat mula menyerang Filipina dalam Pertempuran Teluk Leyte.
Naib Laksamana Takijiro Onishi bertanggungjawab terhadap Tentera Udara Jepun di Manila. Beliau memahami bahawa adalah mustahil untuk memenangi pertempuran kerana kekurangan pesawat dan juruterbang terlatih. Oleh sebab itu, beliau memutuskan untuk menubuhkan sebuah angkatan penyerang berani mati, iaitu Unit Serangan Khas yang terdiri daripada sekumpulan 24 orang pelatih juruterbang yang bersukarela menyertai misi. Angkatan ini disusun atur menjadi empat kumpulan, iaituUnit ShikishimaUnit YamatoUnit Asahi, danUnit Yamazakura. Keempat-empat namanya dipetik dari serangkap puisi berunsur patriotik karya pemuisi klasik Motoori Norinaga yang berbunyi begini:
敷島の
大和心を
人問はば
朝日に匂ふ
山桜花
Shikishima no
Yamato-gokoro wo
hito towaba,
asahi ni niou
yamazakura bana
Barang sesiapa yang bertanyakan
sanubari Yamato (Jepun Sejati)
dari Shikishima,
jawabnya bunga ceri pergunungan
yang harum pada sinaran pagi.
USS Columbia diserang oleh kamikaze pada 6 Januari 1945.
Kamikaze menyerangColumbia, menyebabkan 13 anak kapal terkorban dan 44 lagi cedera.
Sungguhpun tentera Jepun dikalahkan di pertempuran Teluk Leyte, namun Angkatan Serangan Khas pula mengukir kejayaan besar. Serangan kamikaze sulung dilakukan terhadap kapal laksamana Tentera Laut Diraja Australia, iaitu HMAS Australia, yang meragut nyawa 30 kelasi termasuklah Kaptennya Emile Dechaineux, serta menyebabkan ramai lagi tercedera, pada 21 Oktober 1944.
Menjelang 26 Oktober, 47 buah lagi kapal Berikat terkena serangan kamikaze, kebanyakannya mengalami kerosakan teruk, ataupun karam seperti kapal induk pesawat AS USS St. Lo.


Kejayaan awal ini meyakinkan para pemimpin tentera Jepun agar meneruskan serangan kamikaze, maka ramai lagi juruterbang yang dikerah untuk menjadi pejuang kamikaze. Sepanjang bulan-bulan seterusnya, sebanyak 2,000 lebih pesawat melakukan serangan sedemikian. Apabila simpanan pesawat Jepun semakin berkurangan, maka dihasilkannya model-model bermutu rendah untuk misi-misi ini. Misalnya, Nakajima Ki-115Tsurugi diperbuat daripada kayu dan dilengkapi enjin lama yang terpakai. Selalunya, peralatan pendaratan digugurkan oleh juruterbang selepas berlepas supaya boleh digunakan oleh pesawat lain, memandangkan juruterbang akan mengakhiri hayatnya dalam pesawatnya. Selain itu, juga dirancangkan rancangan-rancangan serangan berani mati seumpamanya, termasuk bom roket bermanusia (Ohka) dan torpedo kapal selam (Kaiten).
Kemuncak kegiatan serangan kamikaze bertarikh 6 April hingga 25 Mei 1945, di Pertempuran Okinawa, atau "Operasi Kikusui" ("bunga kekwa terapung"), yang mana tujuh gelombang serangan dilancarkan dengan lebih 1,500 buah pesawat kamikaze. Disebabkan tempoh latihan yang begitu singkat dan barisan pesawat yang kurang bermutu hasilnya, maka juruterbang kamikazedijadikan sasaran mudah untuk juruterbang Berikat yang jauh lebih berpengalaman, apatah lagi lebih kukuh pesawatnya. Namun begitu, pejuang kamikaze yang terlepas dari tembakan pembinasa pesawat dan serangan pesawat pejuang musuh berjaya menyebabkan kerosakan besar pada armada Berikat. Sungguhpun kuasa Berikat memenangi pertempuran, namun banyak sekali kapal dan tentera yang kehilangannya akibat serangan kamikaze. Pada akhir pertempuran, sekurang-kurangnya 21 buah kapal AS dikaramkan oleh pejuang kamikaze, di samping juga beberapa lagi buah kapal pihak Berikat yang lain, serta puluhan lagi yang rosak teruk.
Beratus-ratus lagi pesawat kamikaze dibina untuk mempertahankan Jepun dari serangan terakhir. Bagaimanapun, berikutan penyerahan kalah Jepun pada 15 Ogos selepas diserang oleh bom atom di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki diikuti perisytiharan perang oleh Kesatuan Soviet, tiada sebuah pun yang sempat digunakan.

No comments :

Post a Comment