May 22, 2016

Whatups Pilih Bulu

Group Whatups Yang Menggunakan Nama Islam Harus Sabar


Artikel ini sepatutnya saya tulis dari minggu lepas lagi namun kekangan masa menyebabkan saya tidak sempat membuat apa-apa artikel dalam blog.

Pengalaman saya sendiri berada dalam kumpulan whatups yang menggunakan nama-nama Islam sebagai satu tajuk untuk membicarakan soal-soal berkaitan agama. Segala macam aktiviti masjid dan surau daerah masing-masing akan dimaklumkan melalui whatups untuk maklumat setiap ahli.

Juga sembang-sembang santai antara ahli berhubung isu semasa juga boleh dibicarakan. Memang saya puji ianya cukup bagus dan memberi banyak manfaat buat ahli-ahli dalam kumpulan whatups tersebut.

Keahlian juga bukan calang-calang kerana ramai yang latar belakang agama yang cukup hebat dan ada juga sebagai 'silent reader' sekadar pemerhati yang terus membisu hingga android rosak dan saya pelik kenapa ada yang bersikap begini.

Namun dalam kumpulan whatups ini masih lagi boleh la kita memberi pelbagai pendapat atau buah fikiran dan mendapat maklum balas dari ahli lain.

Tetapi apa yang pernah saya sendiri alami ada juga kumpulan whatups yang hanya membicarakan soal keagamaan dan parti politik kerana ini juga merupakan pengalaman saya sendiri yang berada dalam kumpulan whatups ini hanya 5 hari sahaja sebelum saya di "remove" oleh mereka.

Kumpulan whatups ini agak mendalam berbicara soal agama dan turut menilai setiap ahli dari parti mana juga sentiasa memberi ceramah agama tanpa henti dari pagi sampai ke malam. Rajin sungguh mereka mengarang dan saya terfikir juga pengarang ni bayar gaji ke?.

Cuma yang saya rasa kurang enak dibaca apabila ada ahli yang tidak sehaluan mereka akan mencaci dan menghina pada yang berkenaan dan banyak perkara yang tak perlu saya sebut di sini.

Apabila ada orang yang cuba bicarakan soal lain dan bukan apa yang mereka beri tajuk maka orang itu akan dianggap sebagai penghalang dan jenis yang tidak baik maka orang itu serta merta akan dikeluarkan "remove" sebagai ahli.

Macam ni punyab 'group' whatups pun kan. Bagi saya tak rugi satu sen pun jika keluar dari kumpulan whatups mereka dan saya rasa lebih baik kena 'remove' kerana mungkin Allah nak selamatkan saya dari perkara yang tidak diingini. Wallahuallam ....



No comments :

Post a Comment