May 30, 2016

Tip Menyimpan RM500 Wang Bulanan Peniaga Pasar Malam Bujang

Tip Mudah Buat Peniaga Atau Pekerja Pasar Malam Menyimpan RM500 Sebulan Bagi Yang Bujang


Tergerak di hati saya apabila ramai sahabat peniaga pasar malam yang sering merungut tak pernah dapat simpan wang atau mengurus wang dengan cara berhemah. Tip ini saya tak mahu cerita kisah tauke-tauke besar yang mempunyai pendapatan ratusan ribu ringgit tetapi saya akan fokus kepada mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM1350 dan masih bujang.
Ramai dikalangan kita yang tak tahu cara yang betul untuk menguruskan wang. Dengan gaji basic RM1350 dan ke bawah, Zul Ikramullah berjaya menyimpan wang serta buat sikit pelaburan dalam i-ASB.

Saya harap dengan perkongsian tentang pengurusan wang daripada Zul Ikramullah ini dapat membantu anda memulakan simpanan sendiri. Mulakan saving dari sekarang. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Opsss sebelum kita teruskan, yang Zul Ikramullah itu adalah anak saya sendiri yang baru sahaja mencapai ke usia 21 tahun dan dia bekerja dengan saya sebagai pembantu jualan dengan pendapatan RM1320 sebulan yakni 22 hari sahaja kami berniaga. Tanpa perlu membayar sewa rumah menjadi satu kelebihan buat mereka yang masih bujang.

Bagaimana saya membantu Zul Ikramullah menjadikan sistem  tabungan RM500 sebulan sebagai realiti dan kaedah  pengurusan kewangan yang berkesan.

Kebiasaanya pekerja yang bekerja di pasar malam akan di bayar gaji harian antara RM50 ke RM70 sehari bergantung kepada budi bicara seseorang majikan. Kalau majikan itu memang yang baik dan tak lokek maka banyaklah gaji bakal anda terima.

Tapi yang tidak memberi kemujaraban dalam menabung adalah pendapatan yang diterima merupakan harian dan ini bermakna anda ada wang tunai setiap hari yang akan membuatkan anda tidak berdisiplin.

Dalam mengajar cara menabung yang betul dan berdisplin kepada Zul Ikramullah, dia hanya akan mengambil gajinya sebanyak RM10 saja sehari dan baki RM50 akan disimpan di dalam tabung khas yang saya sediakan. Adakah dengan RM10 sehari anda cukup untuk menyara kehidupan anda?. Nanti dahulu saya belum habis lagi membuat huraian.

Sebenarnya sebelum anda mulakan teknik ini, anda perlu sediakan wang bulanan pendapatan gaji anda bulan  lepas . Maka bulan ini anda sudah boleh bermula menabung. Jika anda bekerja 22 hari seperti Zul Ikramullah maka pendapatan bulanan adalah RM1320 . Setelah di tolak dengan pengambilan harian RM10 maka baki  yang masih dalam tabungan adalah RM1100.

Apabila genap sebulan atau pada hujung bulan 30 atau 31hb maka keluarkan wang tersebut.

Contoh Mudah Bagaimana Bertindak:

1. Gaji - Simpanan = belanja

2. Dari belanja itu tolak semua keperluan bulanan sebagai contoh bajet untuk minyak moto RM50, duit untuk mak/bapa, topup dan keperluan lain. Ada orang suka sedekah jadi terpulang kepada anda untuk bajet sendiri.

Anda perlu  punya target tiap-tiap bulan, berapa banyak ingin menyimpan dan ianya mestilah Ikut kemampuan anda. Janganlah terlampau nak berjimat dan seronok tengok banyak duit sampai ikat perut, tak perlu sampai tahap macam tu.....nanti takbur rezeki Allah pulak.
Lepas dah tolak semua tu, barulah duit digunakan utk enjoy. Selalunya, lepas dah tolak semua kat atas tu, adalah baki dalam RM 300- 400.

3. Di samping itu juga saya membuka akaun i-ASB buat Zul Ikramullah dengan simpanan wajib RM50 sebulan. Dan dalam proses untuk membuat Loan dengan ASB bagi deposit tetap pinjaman.
4. Juga insuran takaful buat Zul Ikramullah dengan minima "coverage" bak kata orang sediakan payung sebelum hujan .

★★★# Itulah serba ringkas tip dan panduan yang mampu saya jelaskan bagaimana untuk menabung RM500 sebulan.....Anda ikutlah kemampuan sendiri dan yang penting adalah disiplin diri yang tinggi.




No comments :

Post a Comment