May 9, 2016

Rumahtangga Bahagia Rezeki Melimpah Ruah Peniaga Pasar Malam

Rezeki Yang Datang Bergantung Juga Pada Rumahtangga Aman Damai



Mungkin pada yang bukan peniaga tidak memahami maksud saya seperti tajuk entri diatas. Dan saya yakin rakan-rakan peniaga pastinya sangat memahami kerana perniagaan yang kita jalankan sedikit sebanyak di pengaruhi suasana dalam kehidupan rumahtangga.

Kalau rumahtangga yang sering bertelagah dan berantakkan seperti kita ketahui malaikat tidak akan berada di rumah berkenaan dan tiada doa-doa dari Malaikat maka keberkatan rumah tersebut hilang dan itu yang banyak musibah melanda. Pergaduhan yang sering tercetus antara suami dan isteri sehingga keluarnya perkataan kesat yang tak seharusnya berlaku pada setiap pasangan mengundang kegelapan dan kesuraman.

Seperti juga hilangnya keberkatan dan doa para malaikat apabila masuk ke rumah dengan tidak memberi salam sebab itu orang tua-tua dulu pernah berkata "awat aku tengol rumah hang gelap ja", padahal lampu luar dalam rumah terang benderang.....itulah hebatnya memberi salam buat kita sebelum memasuki rumah.

Begitu juga kesannya terhadap perniagaan yang kita usahakan kini, cuba perhatikan kenapa perniagaan kita kurang maju sekarang sedangkan setahun yang lalu cukup maju dengan pendapatan yang cukup lumayan. Sila cheklist diri kita dan juga keluarga serta rumahtangga kita.

Ada juga yang kurang sedar hal ini dan masih terfikir kenapa perniagaan semakin hari semakin suram. Sedangkan cuaca cantik, hujan tak turun selama 2 bulan kesan pemanasan global atau lebih dikenali sebagai El Nino. Atau barangan jualan yang kita niagakan habis dijual namun duit tidak pernah lekat di tangan atau akaun bank.


"Secara Jujur Saya Ingin Bertanya!
          Pernahkah Anda Alaminya"

Mungkin ada yang masih belum nampak masalah ini atau masih belum mahu menerima hakikat yang berlaku itu sebenarnya adalah benar.

Jangan takut untuk mengakuinya kerana semua yang berlaku bakal meranapkan perniagaan yang sudah anda usahakan bertahun-tahun lamanya. Mahukah anda melihat periuk nasi anda terlungkup dan anda terpaksa gulung tikar...

Jadi sebelum terlambat buatlah sesuatu segera agar hidup dan perniagaan anda kembali pulih dan keuntungan kembali mendakap anda.




No comments :

Post a Comment