May 4, 2016

Pengalaman Pertama Kali Berniaga Di Pasar Malam

                                         Image result for pic aree bihunsup


Malam ni saya terkenang kembali kisah silam 18 tahun yang lalu, bagaimana saya boleh terlibat dalam perniagaan pasar malam. Sambil menonton tv cerita Maharaja Lawak 2014 bersama isteri tercinta saya teruskan menaip di komputer. Malam ini sebab telefon dah habis bateri maka terpaksa gunakan komputer. Rasanya menaip dengan komputer lebih selesa lagi.

Selepas saya kembali dari berkhidmat di Bosnia Hergovina selama 7 bulan maka kami semua kembali ke tanah air yang bertuah, Malaysia. Semua anggota terlibat di beri cuti selama seminggu tanpa rekod. Masa tu punya la boring tak tahu nak buat apa. Nemgok dalam akaun elaun Bosnia boleh tahan jugak hehehehe....otak mula la fikir nak perabih je . Nasib baik abang saya bersuara, "Awat hang tak mau berniaga", ayat yang cukup simple tapi memberi seribu pengertian.

Seminggu mula berlalu namun langsung tak terfikir untuk berniaga, masa tu kebanyakan kami anggota tentera di kem Sg Ara melakukan kerja part time sebagai "waiter" di hotel berdekatan iaitu di Bukit Jambul sebagai menambah duit poket sebab masa tu gaji anggota tentera tidaklah sehebat anggota tentera sekarang ini yang cukup tinggi.


Setiap petang jam 6 saya akan masuk bekerja di Hotel tersebut, dari jam 6 petang hinggalah jam 2 pagi. Boleh dikatakan setiap hari rutin memang macam itu sampailah satu ketika dah jemu kerja penat gaji sejam RM4 jer adusss.

Akhirnya saya pun terfikir lebih baik berniaga, cuba nasib sebab ada seorang kawan berniaga keropok lekor dan pemerhatian saya nampak kehidupanya lebih baik dari kami yang sekadar buat kerja di hotel berkenaan.

Saya pun mulakan perniagaan keropok lekor juga dan lokasi pertama adalah di Seberang Jaya berhadapan dengan Flat Jalan Tuna. Hari mula berniaga muka punya la tebal macam tong drum hahahaha....punya malu tak terkata, Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Apatah lagi kalau ada awek awek yang lalu depan gerai pacak payung saya....depa tak rasa apa tapi saya muka dah merah padam hehehehe....ketika itu usia saya dalam lingkungan 27 tahun masih encem lagi hahahahaha.

                                               Image result for pic aree bihunsup

Lebih kurang enam bulan juga saya menjual keropok lekor di tepi jalan. Kemudian terfikir pula nak ke ceramah-ceramah politi sekitar tahu 1998 ketika itu pilihanraya bakal diadakan tapi yang ke berapa saya tak ingat sebab dah lama sangat dah. Cukup menakjubkan berniaga di pusat-pusat ceramah politik sedang diadakan. Perniagaan memang sangat menguntungkan kerana orang yang datang berpusu-pusu apatah lagi kalau pencerah di kalangan orang-orang terkenal sebagai contoh Ustaz Hj Hadi wakil PAS .

Dalam pada itu mata saya tertumpu pada beberapa khemah yang menjual bihunsup kerana setiap ruang meja penuh dengan pelanggan sampai habis ceramah tersebut. Agak lama juga saya jadi spy tanpa gaji intip perniagaan bihunsup dan akhirnya saya pun bergelar Aree Bihunsup Ex Service...setakat itu je la ending malam ...mata ngantuk plak dah....niteeee

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN EBOOK BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI KERANA KAMI AKAN BERI DISKAUN KEPADA YANG CEPAT MENDAPATKANYA

No comments :

Post a Comment