May 29, 2016

Mengapa Tiada Bacaan Doa Qunut Di Mekah

Mungkin Ramai Yang Tidak Mengetahuinya Kenapa Doa Qunut Tidak Di Baca Di Kota Suci Mekah


Saya bukanlah seorang alim ulamak atau pun seorang Ustaz yang berkelulusan dalam bidang agama, saya hanya seorang pesara tentera dan berniaga di pasar malam.

Saya agak rajin layari ilmu-ilmu yang saya fikir boleh dimanfaatkan untuk berkongsi dengan orang ramai kerana dari pengamatan saya yang rakyat Malaysia amat kurang menulis perkara-perkara yang selalu di cari masyarakat Malaysia di internet. Kebanyakan sumber saya perolehi dari laman-laman blog atau web warga Indonesia.

Saya memetik penulisan Ustaz Kazim Elias di Mingguan Malaysia bertarikh  29 Mei pada soalan yang diajukan kepada beliau.

Mengapa solat Subuh di Masjid Nabawi dan Masjidilharam tiada doa qunut dan selepas solat tiada doa?

Membaca doa qunut ketika sembahyang Subuh disyariatkan menurut Mazhab Syafie dan ia termasuk dalam perkara sunat ab'adh. Jika qunut itu ditinggalkan, sama ada terlupa atau sengaja, maka sunat ditampung dengan sujud sahwi.

Persoalan tentang qunut ini menjadi perkara khilifiah. Pelbagai pendapat berkenaan bacaan qunut dalam solat Subuh tetapi kita yang berpegang dengan Mazhab Syafie berpegang dengan sunat membaca qunut.

Imam Syafie tidak mewajibkan qunut maka sebenarnya tiada masalah besar jika kita berimamkan yang tidak membaca doa qunut malah sah solat kedua-duanya. Yang membaca ada dalilnya, begitu juga bagi yang tidak membacanya.

Kita sebagai orang awam memadailah beramal dengan mazhab masing-masing kerana setiap mazhab empat itu sandaranya adalah Nabi Muhammad SAW. Bab berdoa itu mudah sahaja. Kalau tok imam itu tak berdoa maka kita sendirilah berdoa. Kalau tok imam berdoa kita aminkanlah, mudah-mudahan mustajab.




No comments :

Post a Comment