Apr 9, 2016

Tip Pemilihan Tapak Bazaar Ramadan

Tapak Bazaar Ramadan Paling Mantap Untuk Di Jual

Lebih kurang dalam 50 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Ramadan yang dinanti-nantikan. Kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah dan membaca seribu nikmat buat seluruh penghuni dialam semesta ini yang Allah jadikanya sebagai bulan pemberian dan pengampunan dan beramal ibadat.

Baiklah kita teruskan saja kepada tajuk entri hari ini berhubung tip pemilihan tapak bazaar ramadan yang paling mantap untuk saya kongsikan bersama anda.

Saya tidak akan menamakan mana-mana bazaar ramadan yang hebat tetapi saya memberikan anda panduan bagaimana anda sendiri boleh melihat kehebatan bazaar ramadan sekeliling anda untuk anda bermastautin selama satu bulan bermula 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 nanti.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI SEGERA

Banyak faktor harus anda titik beratkan dalam pemilihan tapak bazaar ramadan yang mampu memberi anda pulangan pendapatan yang lumayan selepas habisnya Ramadan.

1. Lokasi

Pemilihan Lokasi adalah amat penting buat seseorang peniaga yang ingin berniaga di bazaar ramadan. Walaupun sejauh mana pun jangan anda tidak pergi kalau ianya menguntungkan. Jangan jadi seperti sesetengah orang sekadar ingin berniaga berdekatan rumah tapi keuntungan harian tak sampai pun RM50.

Sejauh mana pun lokasi bazaar ramadan selagi ianya boleh memberi anda keuntungan yang banyak maka pergilah dan jangan risau tak boleh berbuka puasa dirumah dengan keluarga sebab kita ingin mencari rezeki.

Kalau anda masih rasa terasa rugi tak dapat berbuka puasa di rumah, nasihat saya lebih cuti sahaja semasa ramadan nanti dengan itu pasti solid satu bulan anda boleh berbuka di rumah.

Kalau peniaga yang tinggal di Sungai Petani, Kedah boleh datang sejauh itu untuk berniaga di Bandar Perda kenapa anda yang tinggal di Kulim tidak boleh!.

Mungkin lokasi pasar malam anda berniaga juga ada dibuka bazaar ramadan dan perniagaan pasar malam anda disitu cukup menguntungkan dari segi jualan tetapi anda mesti ingat bila bertapak di bazaar ramadan belum tentu barang jualan anda boleh laku, ini adalah berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui dahulu dan memberi pengajaran pada diri saya.

2. Harga Tapak

Setiap lokasi bazaar ramadan berbeza dari segi bayaran penyewaan tapak mengikut saiz lebar dan panjang tapak serta jenis khemah digunakan samada khemah zink atau "monkey tent" berukuran 20 x 20 kaki.

Jangan terlalu berkira soal harga kerana bila sesuatu tempat yang mahal pastilah ramai pengunjung dan lokasi bazaar ramadan sebegini menjadi rebutan ramai seperti Bandar Perda dan Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur yang mencecah hingga ribuan ringgit.

Saya juga tidaklah menggalakkan anda membeli sewaan tapak dengan begitu mahal tetapi memadai dengan kemampuan anda.

Ada juga yang murah sekitar RM150 untuk satu tapak dan ada juga hanya RM70 tetapi anda perlu membawa sendiri payung besar untuk di pasang pada tapak anda. Pada pendapat saya paling baik cari lokasi yang menyediakan khemah siap pasang kerana anda akan bertapak selama satu bulan dan memudahkan anda memasang barang kekal hingga habis ramadan.

PANDUAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI DAPATKAN SEGERA

3. Jenis Barang Jualan

Bagi yang memang sudah ada perniagaan sendiri pasti ianya tidak mendatangkan masalah kerana menu yang sama akan dijual di bazaar ramadan dan kebiasaanya mereka tidak akan menukar menu.

Apa yang akan mendatangkan masalah dan modal yang tinggi adalah peniaga segera dan berniaga hanya lah setahun sekali. Mereka terpaksa mengeluarkan modal yang banyak bagi membeli barang-barang keperluan.


Bazaar Ramadan menuntut seseorang peniaga itu bersabar sepanjang ramadan itu seiring dengan berpuasa. Siapa yang mampu bertahan akan berjaya macam kita berpuasa juga, yang mampu menahan lapar dan dahaga akan berjaya menjelangnya Syawal nanti. Sama lah juga perniagaan di bazaar ramadan yang penuh cabaran yang saya maksudkan cabaran adalah kerana pelbagai menu juadah akan dijual dan tak mustahil satu ada 5 ke 6 orang peniaga. Sebagai contoh bazaar ramada Bandar Perda Bukit Mertajam di Pulau Pinang, murtabak sahaja ada 8 orang berniaga. Jadi bagaimana anda perlu bertahan sehingga tamatnya ramadan nanti.

Oleh itu menu amat penting sekali dalam soal menjalanakan perniagaan di bazaar ramadan ini. Baiklah dibawah akan saya senaraikan menu makanan dan minuman yang paling  laris di bazaar ramadan.

1. Nasi Ayam
2. Nasi Ayam Berempah
3. Nasi Tomato
4. Nasi Dalca
5. Bihunsup
6. Laksa
7. Kueh Mueh
8. Murtabak
9. Ayam Percik/Ayam Bakar
10. Ikan Bakar
11. Nasi Lemak Ayam Berempah
12. Satay

Diatas ini adalah menu yang mendapat sambutan hebat di kalangan pengunjung bazaar ramadan.

Dibawah akan saya senaraikan pula minuman yang mendapat sambutan hangat.

1. Air Tebu
2. Air/Jus Tembikai
3. Soya
4. Cincau
5. Oren Sunquick
6. Asam Boi
7. Lengkong
8. Mata Kucing
9. Katira
10. Air buah-buahan
11. Anggur

Nasihat saya buat anda yang baru terlibat dalam menjual air cuba minimakan modal, jangan membuat percaturan yang musim panas air akan laris dijual kerana bukan anda seorang sahaja yang menjual air.

Semoga anda berjaya di bazaar ramadan nanti. Jumpa lagi...byeee

No comments :

Post a Comment