Apr 29, 2016

Sumbangan Berbeza Mengikut Individu

Kenapa Tak Derma Pada Rumah Ibadat Atau Anak-Anak Yatim


Masing-masing mempunyai cara yang berbeza dalam menyalurkan bantuan peribadi kepada yang amat memerlukan dan persepsi yang berbeza juga dilontarkan oleh individu yang negatif.
Tak perlu kita ambil pusing persepsi masyarakat sekeliling dan yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Set minda positif apa yang kita lakukan sebab tak perlu bagitau berapa banyak telah kita sumbangkan kepada masjid dan rumah anak yatim serta zakat.

Serupa juga yang telah kita baca dalam laman sosial kecaman terhadap sesetengah pengguna media sosial terhadap Datuk Sri Asmiza atau Datuk Vida pengasas produk kecantikan yang menaja Skuad PQPTRW dengan nilai RM16 juta. Pendapat negatif banyak ditaburkan terhadap jutawan kosmetik itu. Tapi pernahkah mereka yang negatif itu siasat berapa banyakkah sumbangan yang jutawan itu telah sumbang kepada persatuan kebajikan di Malaysia.

Manusia mudah menghukum tanpa usul periksa. Kenapa yang kaki komplen itu saja yang beri sumbangan dan kalau tak puas hati usaha sendiri cari kekayaan sendiri.


Satu lagi ingin saya perkatakan adalah pegang dalam diri sendiri satu prinsip, tak perlu nak tunggu kaya raya baru nak bagi sumbangan sebab nak kaya dengan wang ringgit bukanlah mudah. Apa yang kita inginkan adalah kaya dengan budi bahasa dan kaya dengan kemurahan hati. Saya pun tidak kaya, hidup susah sebab itu terpaksa siang malam berniaga mencari wang di pasar malam.

Namun saya berasa puas dan senang hati dengan memberi sumbangan tiket percuma pertandingan yang saya adakan di fb milik kami suami isteri. Memang niat di hati saya memberi sumbangan kepada yang rajin berusaha . Rajin bagaimana yang saya maksudkan. Kalau orang yang rajin menyertai pertandingan maka satu hari akan menangi hadiah yang pelbagai rupa. Ada dalam bentuk wang tunai dan barangan.

Saya amat memuji manusia di kalangan yang rajin berusaha tanpa pernah jemu dalam mencapai hasrat mendapat sesuatu kerana setiap usaha pasti ada hasilnya. Saya pernah terbaca seorang lelaki yang pernah memenangi 7 hadiah berupa wang tunai dengan nilai RM300,000 kalau di campur semua sekali. Ada juga yang kurang percaya dengan peraduan sebegini maka mereka tidak menyertainya sedangkan modal hanyalah senaskah akhbar harian, sekeping sampul surat dan stem 50 sen.

Kalau ada peraduan atau penyertaan yang perlu anda depositkan wang ke dalam akaun mereka dahulu itu memanglah terang-terang penipuan, namun ini yang saya pelik sangat sebab kalau penipuan begini ramai pulak yang sanggup sertainya dan tak serik-serik membaca akhbar berapa ramai dah kena tipu cecah jutaan ringgit.

Balik kepada topik awal kita, jangan pertikaikan kalau seseorang adakan peraduan atau menaja mana-mana pihak. Begitu juga saya memberi tiket percuma kepada rakan-rakan fb untuk perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Pulau Pinang. Dan saya akan teruskan peraduan ini dari masa ke semasa. Sebab saya yakin rezeki akan datang tanpa diduga daripada Allah, Insha Allah moga dimurahkan rezeki saya, amin amin yarabbalalaminnn...



No comments :

Post a Comment