Apr 12, 2016

Penjawat Awam Naik Gaji - Elaun

Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam Melonjak Penambahan Gaji Sektor Kerajaan


Ramai juga peniaga pasar malam terdiri dari kakitangan awam yang terpaksa melakukan dua kerja demi meneruskan kelangsungan hidup menyara keluarga kerana kos kehidupan yang meningkat.
Justeru itu posting saya kali ini berkisar kenaikan gred dan 252 elaun yang bakal dinikmati kakitangan awam mulai Julai nanti.

Kerajaan akan memperkenalkan gred baharu dan pemansuhan gred lama adalah antara penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Kakitangan baru yang di lantik juga akan menikmati kadar  baru itu.

Perkara ini dinyatakan Presiden CUEPACS,  Datuk Azih Muda. Gred 17 dan 27 akan dimansuhkan dan digantikan dengan gred yang lebih tinggi.

Gred 17 akan dinaikan ke gred 19, manakala gred 27 akan menjadi 29. Begitu juga gred 22 dinaikan ke gred 26. Manakala gred 41 dikekalkan.





Dengan penambahbaikan itu juga tangga gaji pokok turut meningkat setara dengan kenaikan gred mereka, namun lain-lain elaun masih dikekalkan.
Penarafan pada gred 17 adalah kakitangan yang mempunyai kelayakan SPM, 27 pula pada yang berkelayakan STPM dan Pemegang Diploma.

Kakitangan awam juga akan diberi pilihan samada mahu memilih skim baru atau kekal pada gred lama (nasihat saya buatlah pilihan yang bijak, jangan nyesal belakang hari ye).
Penambahbaikan itu juga membuka peluang bagi laluan kerjaya yang lebih baik mengikut tangga gaji maksimum terbaru.

Selain itu mengulas kenyataan  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Pulau Pinang, semalam, kakitangan awam akan menerima pelbagai manfaat baharu hasil penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam dibawah SSM yang akan diumumkan, Khamis ini 14 April.

Mohd Zabidi juga menyifatkan penambahbaikan skim itu adalah yang paling menyeluruh mengambil kira segala kepentingan dan memberi pelbagai faedah kepada penjawat awam yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.

Penambahbaikan itu turut membabitkan peluang kenaikan pangkat yang lebih banyak disamping dapat menarik generasi baru dan muda menyertai perkhidmatan awam.
Segala keputusan penambahbaikan ini dibuat selepas mengambil pandangan pada 87 rundingan bersama semua kesatuan dan kumpulan sekerja  bagi menjaga kebajikan 1.6 juta penjawat awam.




Pekeliling mengenai penambahbaikan ini akan mula dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), untuk rujukan semua pihak, Khamis ini.
CUEPACS meminta Skim Perkhidmatan Awam ditambah baik memandangkan kos sara hidup yang makin meningkat antara lapan hingga 10 peratus setahun memandangkan wang kutipan GST yang sudah cukup menguntungkan Keraajaan.


Yang bestnya la kan....pasti ada orang yang tak akan berpuashati lagi dengan tentera kerana bila pelarasan gaji dan elaun kakitangan awam dibuat maka tentera juga akan tetap menikmati kadarnya juga dan bila pelarasan gaji dan elaun tentera dibuat hanya tentera sahaja akan nikmati faedahnya. So dua kali kenaikan heheehehe...Pencen Tentera tak mau naik ke huhuhu..

Buat rakan-rakan peniaga pasar malam, jangan tak mai niaga plak kalau dah naik gred dan elaun sebab dah resmi penjawat awam naik banyak mana pun tak pernah nak cukup.....maaf la...sebab saya juga macam anda dulu...sekarang goyang kaki makan pencen....bye bye...


No comments :

Post a Comment