Apr 20, 2016

Berniaga Jangan Takut Rugi

Cuba Dahulu Baru Tahu, Belum Cuba Jangan Mengalah


Pepatah selalu berkata jangan bermain ombak kalau takut di landa badai. Tetapi bagi saya pepatah tersebut dah tak boleh digunapakai zaman serba canggih ini. Kalau tak main ombak macam mana nak tahu badai besar mana yang melanda.

Begitu juga dalam dunia perniagaan tak kira besar atau kecil, kalau tak terjun dalam dunia perniagaan mana nak tahu untung ruginya tak begitu.
Bila perhatikan kawan-kawan atau saudara berniaga maka dalam hati kita pun terbitlah satu keinginan untuk berniaga dan berazam nak cari pendapatan yang lumayan sebab kerja sekarang ni gaji cukup-cukup makan je. Bukannya tak bersyukur tetapi nak usaha dapat lebih dari apa yang diperolehi sekarang.

Dalam pada sedang berkira-kira nak mula berniaga terdengar pula suara-suara sumbang memperolokan niat kita untuk maju kehadapan . Kadang kala hampir meranapkan niat memulakan perniagaan itu dan termakan juga hasutan sang jahat itu memperlekehkan niat suci anda.

Tip terbaik saya boleh cadangkan pada anda adalah jauhi dan hindari mahkluk perosak seperti itu dalam hidup anda, nyahkan mereka jauh-jauh dan mula mencari kawan-kawan yang sudah pun berniaga. Berkawan dengan orang-orang yang sudah pun berniaga akan memberi anda satu input yang sihat berkaitan dunia perniagaan yang luas dan saya yakin input yang anda terima pasti positif yang membuatkan semangat untuk anda berniaga akan pulih kembali.

Bagaimana untuk anda memulakan perniagaan tidaklah sesusah yang anda gambarkan dan saya ambil contoh perniagaan pasar malam. Berkunjunglah ke pasar malam berdekatan rumah anda dan perhatikan aktiviti peniaga sedang jalankan. Disini adakalanya idea akan datang kepada anda apakah niche atau produk untuk anda niagakan nanti.

Sepanjang pasar malam boleh dikatakan ada beratus menu yang di jual dan pastinya salah satu menu akan terlekat pada otak anda. Kemudian bila dah sampai ke rumah barulah buat perkiraan .





No comments :

Post a Comment