Apr 18, 2016

Ada Tunai Anda Raja

Pembelian Tunai Lebih Menguntungkan


Peniaga mana yang tak mahukan barang mentah yang murah dan pembelian berbaloi, tapi mampukah anda dapatinya dengan harga murah!

Bahan-bahan mentah yang di jual di pasaran mempunyai harga yang berbeza-beza dari sekecil barang hinggalah sebesar barang. Yakni setiap kedai berbeza harga yang dijual.

Ada sesetengah pemborong mengambil untung 30 peratus dan tak kurang juga sehingga 50 peratus dan mendapat untung yang tinggi. Kalau beli secara pukal lain harga dan satu lain harganya.
Peniaga pasar malam yang bijak biasanya akan rajin meninjau kedai-kedai atau mini market pemborong yang memberikan harga yang murah. Mereka rajin keluar setiap hari demi mendapatkan barangan mentah keperluan perniagaan murah agar keuntungan jualan di pasar malam nanti akan meningkat tinggi.


Tetapi yang paling saya ingin perkata adalah jika anda punya modal tunai maka anda adalah raja segala raja disebabkan orang yang mempunyai wang tunai boleh menggertak pemborong kerana kalau dia tak nak jual kepada anda kedai lain banyak lagi.


Sebagai contoh saya di sini dalam gambar dibawah daging kategori FQ di jual dengan harga RM11.20 sahaja, tetapi anda perlu beli dengan harga tunai. Di pasar Bukit Mertajam daging FQ di jual dengan harga RM12.50 tapi pada harga hutang. Perbezaan harga yang cukup ketara pada RM1.20.


Sama juga barang mentah seperti tepung, kacang dan berbagai lagi yang anda beli di kedai runcit berdekatan rumah anda. Kalau anda ada tunai maka anda adalah raja tak perlu lagi beli pada mereka.

Namun masalah yang kebanyakkan peniaga pasar malam hadapi adalah modal pusingan tunai yang kurang. Setiap jenis perniagaan berbeza dari segi pengeluaran modal. Saya pun akui juga adakala saya sendiri pun berhutang untuk mendapatkan daging, perut, limpa dan gearbox kerana yang dapat membekal stok ini setiap hari adalah pembekal yang setia dengan saya hampir 18 tahun.


Namun lebih banyak saya beli dengan harga tunai, kerana daging FQ yang saya gunakan banyak, jadi membeli dengan tunai lebih berbaloi.

Contoh paling senang kalau anda beli sebuah motorsikal jenis Yamaha LSC 135, harga tunai RM6800 tetapi harga hutang RM8000. Bermakna anda terpaksa bayar lebih dengan RM1200. Sedangkan RM1200 anda boleh dapatkan banyak keperluan lain.

Pada sahabat-sahabat yang berniaga tak kira di mana sahaja.....nasihat saya dapatkan stok anda secara tunai. Tak susah pun nak sediakan modal tunai tak berusik.

Duit modal jangan campur dengan duit kegunaan harian. Kalau masih tidak berjaya cara terbaik menyimpan modal adalah main kutu atau orang utara sebut kut. Biasanya kami di pasar malam seminggu sekali buat kutipan dan juga di buka seminggu sekali....dapat kut simpan buat modal pusingan tunai.





No comments :

Post a Comment