Mar 3, 2016

Identiti Peniaga Pasar Malam

Sifaf Rendah Diri Dan Rasa Malu Terlalu Menebal Pada Individu Peniaga Pasar Malam

Sudah sinonim atau pun memang sejak dulu lagi sifat yang terlalu menebal dalam diri peniaga pasar malam yang terlalu malu nak menyatakan" Aku Peniaga Pasar Malam".

Apatah lagi kepada mereka yang beristerikan seseorang yang memegang jawatan tinggi mahupun swasta. Isteri sendiri malu nak mengaku suami peniaga pasar malam dan dah berkahwin bertahun-tahun namun tidak akan membawa suami ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh tempat kerja isteri. Banyak yang berlaku tapi kenapa nak bernikah dengan peniaga pasar malam. " Ooooo lupa pulak saya, kan itu jodoh namanya".

Ramai yang masih menyembunyikan identiti sebenar, tapi bila ditanya kenapa malu nak "habag", jawapan mereka , buat apa nak cerita pada orang! Mudah jawapannya. Tapi bagi saya dengan menyatakan kita peniaga pasar malam dapat mempromosikan produk kita secara "direct atau indirect", kepada mereka yang tak pernah tahu pun kita peniaga pasar malam. Secara tak langsung kita dah promosikan produk kita kepada mereka.

Soal malu yang menghantui individu memang agak sukar nak kita nasihati mereka takut bila kita nasihat merek akan gelar kita belagak hebat. Kalau kita info kan kepada mereka yang kita punya web online pun mereka kata berlagak...anda boleh layari http://www.wangpasarmalam.com

Malu untuk promosikan produk pada media sosial seperti facebook yang merupakan medium paling hebat sekarang ini, dengan mengumpul fan anda sendiri anda mampu memaklumkan pada mereka yang anda ada barang untuk dijual dan lokasi dimana anda berniaga. Saya sendiri sentiasa mempromosikan produk saya di fb, blog, website dan meletakan link pada blog kawan-kawan.

Perasaan malu harus dikikis dalam diri kita sendiri. Memang pendapatan kita tidak menentu. Adakala untung dan adakal rugi, bahkan peniaga-peniaga besar pun macam kita juga untung dan rugi adalah mainan. Bezanya mereka mempunyai kedai atau syarikat statik tapi kita setiap hari berubah-ubah bermandikan peluh dek panas dan basah dek hujan. Itu dugaan namanya.

Ubah sikap kita dan setkan dalam minda yang anda adalah lebih baik dari mereka dengan pendapatan yang lebih tinggi, bukannya kita nak ego atau berlagak tetapi sekadar memotivasi diri sendiri untuk memiliki tahap jati diri yang tinggi.

Buat para isteri yang berstatus hebat dan bersuamikan peniaga pasar malam, kikiskan sifat ego dan malu untuk mendedahkan siapa suami anda kerana pendapatan suami anda lebih banyak dari sahabat anda di pejabat. Berilah sokongan pada suami anda untuk terus berniaga. Ijazah sekarang pun belum tentu menjamin pekerjaan yang hebat kalau ijazah sekadar pointer 2.5 ......memang lah sukar nak cari kerja yang bergaji tinggi.

Baiklah mulai dari sekarang buat semua peniaga pasar malam, jangan lagi ada sifat malu dalam diri, jangan lagi ada sifat nak sembunyi identiti. Dedahkan siapa anda sebenarnya kepada dunia luar sana. Bukan saya mengajar anda lupa diri atau berlagak ataupun "eksyen", kata orang Penang tapi saya ingin ubah anda menjadi seorang yang hebat dan berkeyakinan tinggi......

JOM NEGA PASAR MALAM

No comments :

Post a Comment