Mar 1, 2016

Harga Minyak Turun Lagi

RON95 DAN RON 97 TURUN, DIESEL KEKAL MELEGAKAN PENIAGA PASAR MALAM

Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun 15 sen dan 10 sen seliter manakala Diesel kekal bermula malam tadi.

Harga baru RON95 ialah RM1.60 seliter, RON97 pula RM1.95 seliter dan Diesel kekal RM1.35 seliter yang membuatkan peniaga yang menggunakan lori tidak berpuas hati kerana Lori menggunakan Diesel.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia dipasaran.Sebelum ini harga runcit RON95 RM1.75 dan RON97 RM2.05 manakala Diesel pada harga RM1.35.

Pada Februari lalu, harga runcit RON95 turun 10sen, RON97 turun 20 sen manakala Diesel turun 25 sen.

Kadar baru ini amat melegakan kami peniaga pasar malam dan sudah pastinya ianya dapat memacu pendapatan yang lebih tinggi lagi dengan dapat menjimarkan kos minyak.

Bukan sahaja kenderaan yang menggunakan minyak tetapi generator kami juga memerlukan minyak sebagai tenaga menghidupkan enjin. Yang menggunakan enjin berkuasa kecil tiada masalah sebab RM5 boleh bertahan 2 hari tetapi yang enjin berkuasa besar semalam sahaja memerlukan RM20 bertahan hingga tutupnya pasar malam

Jadi dengan penurunan ini sedikit sebanyak membantu kami peniaga-peniaga kecil pasar malam dan lain-lain peniaga .

No comments :

Post a Comment