Mar 8, 2016

Dadih Dan Susu Bermutu Tinggi Paling Hangat Terlajak Laris Di Pulau Pinang

Terlajak Laris Dadih Dan Susu Yang Meletupp di Pasar Malam Dan Pasar Pagi Di Pulau Pinang.

Anda memang peminat setia dadih, jangan kemana-mana kerana hari ini saya akan dedahkan Rahsia Dadih Meletup Di Bongkar.

Kalau benar anda seorang peminat dadih yang setiap hari stok sentiasa ada didalam peti sejuk maka anda adalah orang paling bertuah hari ini sebab belum pernah ada dalam sejarah pendedahan Dadih terlazat dan terbaik yang pernah saya dedahkan sejak tahun 2007 selepas blog ini dibangunkan..Bacalah sehingga habis untuk keuntungan anda sendiri.


Baiklah pada hari ini seperti biasa saya akan membawa anda bersiar-siar sambil membeli belah ke salah satu pasar malam terhebat dan terbesar di Seberang Perai.

Pasar Malam Arowana(Selasa) sebab saya masukan selasa adalah kerana pasar malam Arowana dijalankan 2 kali seminggu iaitu hari selasa dan jumaat. Pada hari selasa tidaklah sebesar hari jumaat namun kedatangan pelanggan tidak kurang hebatnya, anda bayangkan sendiri 1000 botol dadih mampu dijual sekitar jam 5.30 hingga 8 malam "sold out", pastinya boleh menilai sendiri kehebatan dadih yang saya maksudkan.


Saya perkenalkan sahabat saya Norherman atau panggilan mesra dari kami sahabat-sahabat pasar malam dengan nama "Penn", beliau telah menjalankan perniagaan Dadih ini sejak 10 tahun yang lalu dan bertapak hampir kesemua pasar malam dan pasar pagi

Dadih Susu lembu dan Dadih Susu Kambing merupakan yang paling laris antara produk jualan beliau. Dibuka pada jam 5.30 hingga ke malam, gerai Penn tidak pernah kosong dari pelanggan-pelanggan.


Inilah wajah kacak Sahabat saya, saudara Penn (gambar diatas) yang sentiasa tersenyum dalam melayan kerenah pelanggan dan kawan-kawan. Jenama Dadih beliau memang disukai peminat-peminat dari seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ada juga yang sanggup datang dari Perlis dan Kedah semata-mata untuk mendapatkan dadih jenama Penn, yang sukar didapati di mana-mana lokasi pasar malam atau dikedai-kedai.

Dengan yang cukup murah dan berpatutan dengan nilai wang anda pastinya anda akan tersangat berpuas hati ditambah pula dengan kelazatan yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata, cukup hebat dan " Marvellous".

Harga yang cukup kompetitif dan sukar mendapat harga dari peniaga lain selain Penn sahaja yang mampu menjual dengan harga yang murah.

★♡♡Harga yang dijual seperti dibawah♡♡★

Susu Lembu Berperisa 
1 - RM2
5 - RM9
                  
Susu Kambing Berperisa
1 - RM4
3 - RM10

Dadih Susu Kambing
1 - RM3
4 - RM10

Tidak sukar untuk anda mendapatkan stok anda setiap hari kerana saudara Penn menjalankan perniagaannya setiap hari dari Isnin hingga Jumaat . Beliau berniaga setiap hari kerana tidak mahu menghampakan harapan pelanggan-pelanggan disetiap lokasi  yang pastinya akan hadir seawal jam 4 petang dan sanggup menanti sehingga gerai Penn dibuka.

Keramahan Penn dan wajah yang sentiasa melontarkan senyuman amat senangi oleh pelanggan dan sahabat peniaga pasar malam, malah sifat suka membantu kawan-kawan dalam kesusahan amat di puji.
Justeru itu maka tidak hairanlah Norherman aka Penn mampu menarik hati sesiapa sahaja dan diterjemahkan oleh pembeli beliau yang sanggup berbaris hingga 10 meter untuk mendapatkan susu lembu beliau.

###Anda Peminat Dadih atau Susu Lembu###
 
Jadi apa yang anda tunggu lagi, cepat-cepat bersiap dan datang segera ke Pasar Malam Arowana hari ini, jangan putih mata kalau stok sudah habis....

No comments :

Post a Comment