Mar 5, 2016

Bila SPM DiUmumkan

Gambar Hiasan


Musim keputusan SPM diumumkan ramai yang mulai berubah sikap, ada suka dan ada yang duka. Ibubapa yang paling teruja daripada anak-anak kerana ibubapa zaman saya dan zaman mellenium ini jauh berbeza tentang soal peperiksaan anak-anak. 

Ibubapa zaman kami cool je tak la kalut macam ibubapa sekarang ni, pulun anak belajar siang dan malam, pagi ke sekolah dan petang tution sampai malam. Memang bagus macam tu cuma kadang-kala anak-anak tak mampu ikut kehendak ibubapa.

Oklah kita "off topic", sikap ibubapa. Kita cerita tentang selepas keputusan keluar. Kemana anak-anak kita nak sambung belajar dan keputusan yang bagaimana layak untuk memohon kemasukan ke IPT atau IPTS. 

Saya agak terkejut bila membuat semakan kemasukan ke Uitm pada tahun 2016 sebab keputusan 4E masih layak mengikuti kursus Diploma anjuran Uitm dan ada 6 kursus yang ditawarkan. Kalau 5 tahun yang semakan kelayakan terus dibuat pada Hari Selangkah Ke Uitm yang dianjurkan mereka. Jika ada satu subjek sahaja E maka jangan harap anda boleh mengikuti kursus diUitm, namun sekarang ini cukup berbeza. Mungkin kini Uitm telah menambah kursus-anjuran mereka untuk memberi peluang anak Melayu melanjutkan pelajaran.

Kepada yang lulus tahniah saya ucapkan dan yang gagal jangan putus asa dan cuba lagi kerana dunia masih belum berakhir, banyak lagi peluang yang ada buat anda diluar sana sebab itu kerajaan ada menyediakan kursus-kursur Kemahiran.


Anda boleh layari untuk menyemak kelayakan kemasukan anak-anak anda ke Uitm atau Politeknik pada link di bawah:

http://www.politeknik.edu.my/esemak/indek.asp


http://www.selangkah.uitm.edu.my/

Buatlah pilihan yang bijak dan biar anak-anak membuat pilihan mereka sendiri dan kita sebagai ibubapa bimbinglah 
mereka membuat pilihan yang tepat, jangan sampai nanti bila habis belajar kursus yang diikuti tidak punyai peluang pekerjaan atau terhad maka menyesal pun tak berguna cuma sekadar Glamour Dan Bangga Anak belajar di Uitm.....


EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA JOM SELANGKAH KE PASAR MALAM

No comments :

Post a Comment