Feb 9, 2016

Pukulan Raya Cina Pasar Malam Taman Janggus, Alma

Semperna cuti sambutan tahun Baharu Cina, ramai dikalangan kami peniaga yang mengambil kesempatan untuk turut serta cuti panjang.

Ada yang balik kampung, jalan jalan bersama keluarga dan sebagainya rancangan cuti ini.

Pada yang tidak bercuti inilah peluang keemasan yang diambil untuk untung lebih sikit dari hari biasa kerana ramai yang tak datang berniaga.

Malam tdi peniaga di pasar malam Taman Janggus tersenyum lebar, mana tidaknya semua jualan habis sekitar jam 8.30 atau 9 malam akibat diserbu oleh pelanggan .
Akibat serbuan ini maka semua jualan meletopppppp...alhamdulillah rezeki malam tadi ...

INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM JOM KAMI LATIH ANDA

No comments :

Post a Comment