Feb 9, 2016

Cuti Pasar Malam Banyak Kenduri

Cuti Hari Raya Cina yang panjang dari Jumaat hingga Rabu sememangnya panjang dan dimanafaatkan oleh sesetengah orang untuk melangsungkan acara kenduri kahwin.

Jemputan yang kami terima minggu ini cukup banyak dari sabtu hingga Isnin, dok pikiaq nak p ka dak. Bila dipikiaqkan wajib hadiri jemputan dan anak anak kami makin membesar kena p jugak...nanti kalau x piii kita buat kenduri x dak sapa mai plak heheehehe..

Kelebihan menggunakan pekerja dalam masa masa beginilah bila ada urusan atau jemputan kenduri kahwin. Kalau x ada pekerja pun boleh juga hadiri majlis tapi terpaksalah bawak van atau lori niaga sekali sebab kalau nak balik ambik lori atau van lepas makan kenduri pastinya buang masa.

Bagi saya tidak menjadi masalah sebab saya ada pekerja yang biasanya akan bergerak dahulu ke Pasar Malam tanpa perlu saya ikuti sebab mereka sudah mahir...dan kredit buat Jo, Ikram, Abg Chaq dan Ameer, pekerja yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

INGIN DAPAT PEKERJA YG JUJUR JOM KAMI TUNJUKKAN CARANYA

No comments :

Post a Comment