Jan 28, 2016

BRIM Bantuan Buat Yang Jujur Dan Memerlukanya

Pelbagai telah disalurkan oleh Kerajaan Malaysia yang memerintah sekarang dan salah satunya adalah BR1M.

Kategori yang layak memohon BR1M adalah mereka yang mempunyai pendapatan bulanan seisi rumah sebanyak RM4001 ke bawah.

Kami peniaga pasar malam jugak tidak lari dari membicarakan perkara ini yang mana ada dikalangan kami layak ataupun tidak....pokoknya peniaga seperti kami tiada slip gaji dan bahan bukti sukar diperolehi. Segalanya atas kejujuran diri sendiri mengisi borang BR1M.

Sering menjadi pertikaian adalah peniaga yang mampu memiliki kereta yang mahal sehingga ratusan ribu tapi masih memohon BR1M. Layakkah mereka ini????. Saya sentiasa melontarkan ayat " Kalau rasa layak pohon lah, tapi kalau tak layak jangan menipu kerana duit itu datangnya dari pembayar cukai...pembayar cukai tidak layak dapat BR1M.

Kalau anda faham apa maksud saya, anda merupakan seorang yang bijak lagi cerdik dan hebat!.

INGIN BERNIAGA DIPASAR MALAM, NAH DISINI KAMI SEDIAKAN PANDUAN

No comments :

Post a Comment