Semasa saya sedang menjamu selera petang semalam di sebuah kedai makan dalam kawasan Penaga, Kepala Batas. Terdengar perbualan tauke kedai makan tersebut bercerita tentang pekerja beliau.
Macam macam yang beliau ceritakan kepada sahabatnya tentang perangai pekerjanya yang telah beliau berhentikan.
Apa yang menarik adalah soal gaji yang beliau pertikaikan kerana beliau telah membayar gaji pekerjanya sebanyak RM30 sehari, bekerja dari jam 7 hingga 12 malam. Saya dan isteri tersenyum mendengar jumlah gaji yang di bayar...banyak sangat ke RM30 tu..kenapa kedekut sangat...
Kami peniaga pasar malam membayar gaji jauh lebih tinggi dari nilai yang dibayar pekedai tersebut..saya sendiri membayar gaji pekerja saya paling kurang RM40 itu untuk yang membasuh pinggan. Yang lain lain RM50 dan RM60. Pekerja saya bekerja dari jam 3.30 petang sehingga jam 10 malam.
Kenapa kita sebagai seorang tauke tersangat kedekut dengan pekerja yang berpenat lelah memberi rezeki kepada kita, Disebabkan kita lah maka semua pekerja akan cabut lari, jangan salahkan mereka andainya mereka berpindah ke sektor perkilangan yang menjanjikan pendapatan jauh lebih lumayan.
Pekerja juga ingin mencari pendapatan yang lumayan, mereka juga punyai tanggungan yang perlu di beri makan dan pakai serta wang saku untuk anak anak. Bersikap adillah terhadap mereka. Allah akan melipat gandakan keuntungan kita sebagai seorang majikan yang baik dan bertimbang rasa.
Tidak perlulah kita terlampau mandambakan keuntungan yang banyak dengan memerah keringat pekerja pekerja dan ingatlah yang kita beragama Islam kerana segala amal perbuatan akan dihisab diakhirat kelak yakni amal baik dan jahat...
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK MENJANA PENDAPAT LUMAYAN