Jan 28, 2015

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia

Tajuk hari ini memang agak menarik dan mungkin ada dikalangan mereka yang berminat untuk berkhidmat didalam Tentera Udara akan terjumpa blog ini semasa sedang browse Google.

Tujuan saya mengambil entry berkaitan Tentera Udara adalah kerana pengambilan baru akan diadakan pada 4 dan 5 Mac 2015 di Pangkalan Udara Butterworth . Sebabnya adalah kerana anak saya sendiri telah menyuarakan hasratnya untuk menyertai pemilihan terbuka nanti kerana ramai kawan kawan yang ingin menyertainya.

Disinilah bermulanya kerjaya saya didalam ATM selama 22 tahun dan mula berpencen pada tahun 2008 dan pasukan akhir saya adalah TUDM Butterworth. Mungkin anak saya berminat disebabkan pernah melihat bapa menyarung Uniform tentera. Namun apa yang di lihat tidak seindah apa yang pernah saya lalui.

Saya cuba meyakinkan anak saya agar meneruskan perniagaan pasar malam yang telah saya usahakan selama 17 tahun dan cuba meyakinkan yang pendapatan hasil pasar malam jauh lebih lumayan dari pendapatan seorang anggota tentera kerana saya sendiri telah alaminya.

Saya cuba meyakinkan anak saya juga, kalau kita tiada perniagaan sudah pastinya saya membenarkan beliau berkhidmat dengan tentera, tetapi disebabkan perniagaan telah kita ada maka sebaiknya teruskan perniagaan yang menguntungkan ini. Memanglah kalau orang dengar niaga di pasar malam langsung tidak glamour tapi dari segi pendapatan jauh lebih glamour ......cumanya dengan berniaga kita kena pandai menyimpan wang dan bijak menguruskan perniagaan sebaik mungkin..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM SEGERA DISINI

Jan 22, 2015

Kisah Whataps Di Pasar Malam

Kecanggihan dan kemodenan kini adalah teknologi yang setiap orang perlu akur kerana dengan kecanggihan teknologi terkini segalanya terletakdihujung jari.

Mudah bagi kita mencari maklumat maklumat terkini berkaitan pelbagai perkara seperti makanan, hotel, kapalterbang dan lain lain lagi, mereka mereka yang gagal mengikuti pekembangan terkini teknologi digital akan dianggap kuno atau ketinggalan zaman dan bahasa rojak yang selalu digunakan adalah tertinggal keretapi huhuhu.....

Begitulah juga dengan peniaga peniaga pasar malam yang kini mempunyai pelbagai jenis gajet gajet canggih dan ada antaranya mempunyai jenama talipon hampir RM2000 kerana ingin mengikuti pekembangan serba pesat alam digital.

                                                        FB Resmi Akuisisi WhatsApp Senilai Rp 188 Triliun

Rata rata peniaga mempunyai Fb, Twitter, Telegram, Whataps dan Weechat yang menjadi medium penghubung sesama mereka kini. Dalam Fb masing masing akan upload aktiviti seharian samada keluarga atau pun gambar gambar perniagaan masing masing.

Di Whataps dan Twitter mereka akan berhubung dan berbicara tentang perniagaan mereka serta perkembangan terkini status kawan kawan. Berbicara di medium tersebut secara gurau senda dan ilmiah amat digalakan namun tidak semua yang mampu berbuat demikian kerana ada yang tidak pandai bergaul, mudah terasa dan cepat sensitif.

Ada yang meletakan no talipon girlfrend dalam group maka akan terjadilah pergaduhan bilamana ada seorang wanita dalam group makanya ramai yang ingin berbual dan bila dilihat oleh si lelaki ni maka pergaduhan pun bemula, sehingga sanggup mengeluarkan kata kata kesat dan ada juga yang sampai mengugut....ni dah jadi kes berat nampaknya...

Ada juga yang menjadi Ustaz magee mee yang secara tak bertauliah postingkan soal soal berkaitan agama, memang tidak menjadi kesalahan namun Ustaz tak tauliah ni pun cetek pengetahuan agama....bila ada antara ahli group mempertikaikan maka berlakulah pergaduhan keyboard atau " Keyboard Warrior ", Ustaz ustaz tadi cuba menegakkan mereka di pihak benar dan sebelah pihak lagi pun begitu juga...akhirnya mula bermasam muka.....dah tu posting pun tidak konsisten , sekejap ceta pasal agama kejap ceta pasal porno..aduss, masalah betul kalau macam ni,,,,

Mungkin dalam kumpulan anda juga berlaku benda yang sama....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM SEGERA DISINI