Feb 3, 2014

Peniaga Pasar Malam Yang Lupa Diri - Iktibar Buat Semua

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua.. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina ..... Gong Sze Fa Cai    2014.

Ramai yang pulang ke kampung halaman menziarahi sanak saudara dan kesempatan cuti ini diambil oleh semua kaum di Malaysia dan inilah sebuah masyarakat majmuk 1Malaysia.

Namun bagi kami peniaga pasar malam tetap meneruskan perniagaan macam biasa kerana berniaga sendiri perlu ada sedikit komitmen dan cuti hanya pada hari yang biasa bercuti . Tidak perlu mengikut cuti-cuti di kalendar.

Semalam semasa berniaga di Pasar Malam Taman Pauh, suasana sedikit lengang namun tidak kurang hebatnya walaupun ketiadaan penuntut Uitm dan Politeknik namun perniagaan masih rancak seperti biasa di sebabkan kunjungan orang ramai dari luar sempena cuti Tahun Baru Cina.

Dalam kami berehat maka ada seorang kawan bercerita tentang seorang peniaga pasar malam di kalangan kami yang mempunyai ramai pekerja dan menjalankan perniagaan di 3 ke 4 lokasi dalam sehari. Dan ramai menjangkakan perniagaan beliau cukup hebat dan menakjubkan serta pastinya memberi keuntungan yang cukup besar.

Walaupun semasa kami semua berada dalam keadaan perit ketika musim hujan sekitar Ogos hingga November 2013 namun beliau mengatakan perniagaannya kurang terjejas. Semasa borak-borak kosong seorang kawan berkata yang beliau mempunyai banyak hutang . Saya hanya mendengar dan tidak masuk campur kerana saya tidak mahu menokok tambah takut nanti dikatakan fitnah.

Saya tunggu sehingga esok pagi dan saya sendiri bertanya kepada tauke kedai barang yang dikatakan oleh sahabat saya ...  pertanyaan saya dijawab oleh tuan punya kedai " Ya Memang Benar, Si Polan masih berhuntang sebanyak ribuan ringgit ". Namun sekarang beliau tidak pernah berkunjung ke kedai tersebut lagi disebabkan tidak membayar hutang. Bila di talipon beliau akan mematikan talipon. Tuan punya kedai pernah menghantar orang untuk meminta hutang namun tidak berjaya. 

Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa disini tetapi sekadar ingin berkongsi dengan anda pengalaman yang boleh memberi sedikit manafaat serta keinsafan dalam diri kita . Iktibar yang amat besar dan kita perlu belajar dari kisah benar ini agar kita sendiri tidak tersasar dan menjadi sebagai pesalah yang sentiasa melarikan diri.

Fikir dan renung-renung kan, hari ini kita untung besar namun esok lusa belum tahu lagi jadi berniagalah dengan jujur dan ikhlas. Layan pelanggan dengan senyuman, hutang wajib dibayar tidak kira jumlah yang kecil atau besar, jangan ada niat berdengki sesama peniaga bila ada yang lebih maju dari kita.....dan jangan menghina sahabat yang tidak tidak sehaluan dengan kita kerana " KETAYAP DI ATAS KEPALA BUKAN MENCERMINKAN MUSLIM SEJATI"..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI TERKINI DISINI

No comments :

Post a Comment