Feb 20, 2014

Bermasam Muka Sesama Peniaga Pasar Malam

Saya sungguh teruja dengan tajuk entry pada hari ini bila mana memang berlaku apa yang sering diperkatakan oleh setiap peniaga pasar malam. Masing-masing ada yang tak berpuas hati dengan sesetengah peniaga samada sakit hati atau pelbagai masalah yang timbul.

                               

Saya tidak berani mengatakan hal sebenarnya sebab siasatan dalaman saya masih belum menemui bukti kukuh apa sebab musabab yang mengakibatkan ada antara peniaga yang bermasam muka sesama sendiri.

Kalau nak diulaskan pasti banyak alasan yang logik dan tidak logik bakal dilontarkan oleh mereka mengikut pendapat masing-masing. Namun pemerhatian saya adalah sebab utama mungkin akibat terlalu kerap berjalan dan melepak disesetengah gerai di pasar malam. kekadang perkara yang remeh temeh pun boleh menjadi pergaduhan dan isu yang mengakibatkan berlakunya sifat tidak puas hati di antara satu sama lain.

Dari segi barang jualan yang sama juga tidak dapat dinafikan seperti menjual nasi lemak dan seorang lagi juga menjual nasi lemak....maka sudah pastinyalah masing-masing akan mengatakan barang jualanya lah yang terbaik. Sikap memburuk-burukkan peniaga lain juga berlaku di kalangan peniaga pasar malam. Mereka sebenarnya silap jika memburukkan sahabat yang lain kerana kawan yang mendengar akan memaklumkan kepada sahabat yang di kutuk tadi....maka akan berpotensi lah berlakunya pertengkaran , atau setidak-tidaknya akan bermasam muka.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DIFAHAMI DISINI

No comments :

Post a Comment