Jan 21, 2014

Ali Baba - Baru atau Lama - Pasar Malam

Baru-baru ini didada akhbar heboh memperkatakan soal ALI BABA. Bagi mereka yang kurang memahami kerana terlepas keretapi adalah : bermaksud Mengaut Untung Atas Angin.  Atau mungkin yang masih tak faham adalah seseorang yang mempunyai sesuatu gerai, kedai atau kemudahan yang di berikan telah menyewakan kepada orang lain selama sebulan atau kurang atau lebih tanpa perlu mengusahakan dengan tangannya sendiri.

Saya tidak pasti sama ada perkara ini orang tak nampak atau buat-buat tak nampak kerana ianya sudah lama berlaku apatah sekarang ini ramai rakyat Malaysia lebih gemar menyewakan kepada Warga asing. Kalau anda berkunjung ke " food court" anda boleh dapati ramai warga asing berniaga, tauke yang ampunya kedai tersebut tidur di rumah, cukup bulan semak akaun bank sahaja.

Mereka tidak mahu bersusah payah mengusahakan sendiri dan mereka gemar menyewakan sahaja kerana banyak permintaan dari warga asing ditambah pula dengan penguatkuasaan yang cukup lemah oleh Kerajaan . Di Pulau Pinang sahaja anda sendiri boleh saksikan gerai-gerai yang di kendalikan oleh warga asing bercambah macam cendawan seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil.

Bagi orang awam yang tidak berniaga mungkin mereka kurang menyedari dan sekadar melihat serta terus sahaja berlalu. Namun bagi kami peniaga pasar malam kami melihat perkara ini sebagai satu ancaman yang bakal kami atasi kerana mereka juga telah mulai berniaga di pasar malam serta Bazaar Ramadan.

Tidak pastilah sejauh mana kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tindakan susulan oleh kerajaan, sama-sama kita nantikan.

Di bawah adalah laporan Utusan Malaysia - Isnin 20/1/2014

60% premis disewa warga asing. Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan mendakwa
60 peratus peniaga di Lembah Klang bertindak menyewakan premis perniagaan mereka kepada orang lain terutama warga asing.

Yang Dipertuanya, Datuk Bahrin A. razak memberitahu majoriti kegiatan ' mengalibabakan' lesen dan lot perniagaan itu dikesan melibatkan peniaga Malayu.

Menurutnya kebanyakan kawasan perniagaan yang disewakan kepada warga asing ialah pasar basah, pasar malam dan medan selera yang menjadi tumpuan ramai.

Di bawah ini adalah kenyataan PM kepada Utusan bertarikh 19/01/2014 - Ahad

JANGAN BERI WARGA ASING - PM ingatkan peniaga tidak sewakan premis mereka.\

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada semua penjaja dan peniaga kecil supaya tidak menyewakan premis perniagaan mereka kepada orang lain terutama warga asing.

Beliau mengingatkan peniaga supaya tidak mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan dengan berbuat demikian.

Tegas beliau, mereka mesti bertanggungjawab dengan menjalankan sendiri perniagaan terutamanya yang mendapat bantuan daripada kerajaan.

Saya pantang sekali, kalau saya dengar, kalau ada kawasan premis perniagaan yang sangat baik tapi bila kita pergi sana, kita dengar bahasa ( yang digunakan oleh peniaga di situ ) lain ..tegas beliau.

NAJIB TUN RAZAK.
Perdana Menteri


DAPATKAN EBOOK PANDUAN ANDA BERNIAGA DI PASAR MALAM / UPTOWN 

Jan 17, 2014

Sekalung Tahniah Buat Sekolah Kebangsaan Taman Senangan , Butterworth - Pasar Malam


Baru-baru ini sekolah tempat isteri saya mengajar telah melakarkan satu sejarah bertaraf dunia yang pastinya membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah di laporkan oleh Harian Metro bertarikh 16 Jan 2014.


                PESERTA dari SKTS menunjukkan coklat herba yang meraih pingat perak.
Butterworth: Idea menghasilkan coklat ‘sihat’ untuk kanak-kanak membolehkan pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Senangan (SKTS), Teluk Air Tawar, di sini meraih pingat perak keseluruhan menewaskan enam sekolah menengah lain dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi 2013 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, baru-baru ini.
Pasukan sekolah itu dibarisi lima murid iaitu, Nur Liyana Sabrina Mazlan, Nurul Ain Nabila Azman, Nurul Afiqah Jazman Shahar, Muhammad Hareez Fitri Annuar dan Muhammad Farhan Roslee dibantu ketua penyelidik Dr Azman Seeni Mohamed, pensyarah kanan dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM).


Idea murid berkenaan yang ketika itu berada di tahun enam boleh dianggap bertaraf dunia kerana belum ada coklat seumpamanya dihasilkan dan mampu mengurangkan kolesterol dalam badan sekali gus mencegah penyakit berbahaya dalam kalangan kanak-kanak.

Azman berkata, projek menghasilkan coklat herba bermula awal tahun lalu hasil idea murid SKTS, manakala USM dan UiTM menyediakan formula dengan kos permulaan RM3,000.


“Idea menghasilkan coklat herba dinamakan 4KF kerana menggunakan empat bahan asas utama iaitu madu, minyak zaitun, habbatus sauda dan gam Arab.

“Berdasarkan penyelidikan, semua bahan digunakan mampu merencatkan kolesterol dalam badan, sekali gus mencegah penyakit ‘tiga serangkai’ iaitu jantung, darah tinggi dan kencing manis selain mencegah penyakit buah pinggang,” katanya.

Semalam, Azman dan lima murid SKTS menerima sijil penghargaan disampaikan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Prai Utara Supian Paimin.
Dan tahniah juga Buat Cikgu Siti Aishah Bt Safee Muhammad yang telah mengacarakan majlis tersebut dengan cukup hebat....


Jan 15, 2014

Bagaimana Memulakan Perniagaan Cara Rasulullah

Sempena sambutan Maulidur Rasul ingin saya mengajak anda semua menghayati bagaimana cara Rasulullah memulakan perniagaan. Posting ini saya petik dari beberapa blog yang amat saya sanjungi cara mereka mempersembahkan teknik dan gaya yang cukup hebat.

Bagaimana memulakan perniagaan? Kini saya dapati ramai orang dah mula berniaga, sama ada secara part time atau full time. Dan memecahkan dominasi yang telah dibuat oleh penjajah satu ketika dulu (long way to go).
Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kit nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya:
“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”
“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”
“Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”
“Cukuplah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul2 lagi, bukan boleh bawa mati…”
“Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu”
Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.
Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi)
Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu).
Allah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29)
Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Kepada siapa mesej ini diberikan? Adakah kepada Ah Chong? Tentu tidak sebab ia adalah ayat al-Quran yakni panduan kepada orang Islam. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.
Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak  pula dengan jual beli dari mengingati Allah, dan dari menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang bila hati dan penglihatan digoncangkan.(24:37)
Malah Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemuliaan seorang peniaga, Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, para Syuhada’ dan Siddiqin (HR Tirmizi).
Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa pada Allah, dan tidak membayar zakat. Bermakna berniaga adalah satu perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang jadi masalah kalau dah mula berniaga, dah untung mula rasa diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas:
Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka denganyang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)
Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.
Jelas kan rezeki Allah itu dari secupak boleh jadi bercupak-cupak?
Berbalik kepada komen-komen ‘bernas’ dari mereka-mereka yang tidak menyokong perniagaan di atas… Mencari dan memiliki harta itu adalah dituntut dalam Islam. Buktinya banyak surah yang menyebut tentang jihad dengan HARTA DAN JIWA. Jiwa memang kita sedia miliki selagi kita belum mati. Harta?
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar imannya (49:25)
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk & tidak turut berperang dari kalangan orang-orang yang beriman (selain daripada orang-orang yang ada keuzuran) dengan orang-orang yang berjihad  pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satunya Allah menjanjikan dengan balasan yang baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan pahala yang amat besar (4:95)
Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihad berperang semata-mata, malah mencakupi setiap sudut kehidupan (rujuk Tafsir Ibnu Kathir).
Kenapa kita perlu memiliki harta?
  1. Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam. Contoh mudah, kenapa dakwah agama lain (contohnya Kristian) lebih berkesan dari dakwah Islam? Kenapa orang Islam yang murtad dengan gembiranya mengumumkan keluarnya mereka dari Islam sedangkan orang agama lain yang masuk Islam takut-takut? Salah satunya kerana dana dan support mereka begitu besar dan banyak diuruskan badan2 NGO sedangkan dana umat Islam biasanya diurusakan oleh badan2 kerajaan sahaja.
  2. Harta boleh digunakan untuk membangun agama. Nak buat sekolah agama kita terpaksa ke sana sini, kerah anak murid untuk minta derma (walaupun dalam bentuk jual kalendar dan kismis). Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke skolah agama tidak semua mampu untuk memberi sponsor membangunkan sekolah. Berbeza dengan sekolah Cina contohnya (bukan bermaksud nak membezakan kaum, sekadar contoh dan perbandingan), dana yang dikutip dari ibu bapa pun dah cukup nak buat bangunan sekolah.
  3. Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran (sabda Rasulullah). Ia memang benar-benar terjadi. Bila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.
  4. Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Sekarang ni zaman semuanya kena dibeli. Kalau tak ada duit, bagaimana kita nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk sebarkan dakwah? Kalau duit sekadar cukup untuk kita makan anak beranak, bagaimana nak bantu jiran sebelah?
  5. Pemilikan harta supaya kita boleh beribadah dengan tenang. Bayangkan kalau kita tak ada rumah, tinggal dalam kotak, anak menangis tak ada susu (ni kes maknya tak ada ilmu breastfeed & tak ada duit nak beli buku atau pergi kursus), lepas tu kita pula lapar tiada makanan. Macamana kita nak beribadah dengan tenang? Nak solat pun mungkin terganggu dengan kelaparan dan tangisan anak. Apa lagi nak bersedekah, nak berbaik2 dengan jiran dan sebagainya.
  6. Suara kita tidak didengar bila kita miskin. Bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tapi kita tak ada duit langsung. Pergi ke rumah orang disangka nak mintak derma. Bila ada kes kecurian ke orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila kita nak beri pendapat dalam meeting RA orang taknak dengar sebab kita tak ada pengaruh. Bukankah itu sesuatu yang sukar?
Rasulullah miskin? Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tak ada rumah banglo, tak ada home theatre, tak ada karpet tenggelam kaki, tak ada baju branded… tapi cuba lihat bila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda2 perang dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan ISlam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu2 ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah”
Jadi nyatalah amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. Harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.
Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah dan ayat-ayat cinta dari Al-Quran, harta dan hasil perniagaan adalah alat-alat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh jadi pintu ke neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.
Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ni lebih teruk lagi keadaannya dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah sekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari ‘Tuhan’ mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ni ramai orang dah tak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana rules dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh saja anak apa-apa pun sebab hasil zina. Eh, bukan hasil zina pun kena bunuh juga (kes dera). Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah2 tertentu. Orang sekarang, dengan mak bapak pun buat musuh.
Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat tu datang esok ke. Kita kena buat sesuatu…. Sebelum semua benda yang kita makan/pakai/guna adalah ‘agenda Yahudi’.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam dan selamatt sejahtera, mungkin agak sedikit terlewat saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat anda semua.

Kekangan masa dan aktiviti yang agak padat diawal 2014 ini menyebabkan saya begitu terbatas untuk update terkini bagi blog pasar malam ini. Almaklum saja sekolah baru sahaja dibuka maka dengan itu terpaksa menyelesaikan sedikit urusan persekolahan anak-anak buat seketika sehinggakan statrus Gliterati di Nuffnang saya pun ditarik balik akibat kecuaian saya sendiri.

Namun saya berharap agar bulan Febuari nanti segala kesibukan akan berkurangan dan saya akan kembali membuat posting seperti sedia kala.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM BUAT ANDA MENAMBAH PENDAPATAN DISINI

Jan 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 buat peminat blog ini dan rakan-rakan seperjuangan dalam arena perniagaan pasar malam.

Ramai diantara kita yang mula menanam azam baru ditahun 2014 ini dengan meletakkan KPI terhadap perniagaan masing-masing untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan cuba meraih keuntungan sebanyak mungkin. Namun perlu kita ingatkan adakah azam di tahun 2013 sudah tercapai dan melepasi KPI yang telah ditetapkan.

Adakah tercapai hanya 50% yang telah kita sasarkan atau langsung tidak nampak sebarang pencapaian. Kerana ini amat penting untuk kita nilaikan . Kenapa kita gagal dan dibahagian mana yang kita gagal. Perubahan yang mana satu perlu kita lakukan. Kemungkinan besar kita alpa tentang sesuatu perkara menyebabkan kita gagal kerana kurang memberi perhatian kepada sesuatu isu.

Sebagai contoh anda memulai perniagaan pasar malam sudah mencecah 5 tahun namun anda masih tetap begitu, pagi hari mencari barang dan memprosesnya. Petang pula terus hidupkan van kemudian bergerak ke lokasi pasar malam. Malam hari selepas jam 10 anda terus mengemas barang dan balik ke rumah. Sesudah sampai dirumah anda terpaksa turunkan barang . Selesai kerja hampir jam 12 malam. Begitulah rutin hidup anda setiap hari. Jika anda berniaga 31 hari sebulan pastinya kehidupan anda menjadi lesu serta tidak bermaya. Anda merupakan seorang yang tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekitar anda kerana anda tidak punya masa untuk bersosial.

Sepatutnya anda sudah mampu menggajikan seorang pekerja untuk membawa van anda ke pasar malam dan sekurang-kurangnya anda boleh " Makan Kenduri " sewaktu musim cuti sekolah.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA