Nov 20, 2013

Peluang Perniagaan Buat Pesara Tentera

Didalam akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan suatu usaha yang amat hebat antara ATM dan OUM (Open University Malaysia).

Kini setiap bakal pesara dan pesara tentera boleh memohon untuk mengikuti kursus Diploma Eksekutif Perniagaan bagi persediaan selepas persaraan untuk mencari pekerjaan kedua. Kursus di jalankan selama 2 tahun sahaja dan dijalankan di Kuala Lumpur.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif buat pesara tentera sebagai menjaga kebajikan mereka dan seharusnya setiap peluang yang di berikan perlu di garab dengan sebaik mungkin tanpa prejudis. Segalanya adalah untuk menjamin masa depan pesara tentera selepas menamatkan perkhidmatan nanti.

PERHEBAT juga menyediakan pinjaman kewangan dengan kerjasama TEKUN nasional bagi pesara yang berminat menjalankan perniagaan untuk modal perniagaan. Dan pinjaman ini tidak dikenakan faedah. Jika pinjam RM50,000 bayaran juga RM50,000.

Namun apa yang di lapurkan setakat ini wang peruntukan tersebut masih lagi banyak dan hanya segelintir sahaja permohonan di terima, saya sendiri tidak pasti kesahihan berita yang di lapurkan.

Sebagai seorang pesara tentera saya amat mengalu-alukan kawan-kawan dan rakan seperjuangan di dalam ATM yang telah bersara agar setelah tamat perkhidmatan, cuba usahakan perniagaan . Walaupun sekadar menjual goreng pisang ditepi jalan. Tidak perlu kita risau atau bimbang kerana kita masing-masing mempunyai pencen bulanan tetap dan rata-rata sekarang ini boleh dikatakan dalam RM1800 dan ke atas. Jika yang baru menamatkan perkhidmatan sudah pastinya pencen bulanan jejak RM2000 ke atas. jadi kenapa harus menjadi takut dan gusar untuk mengusahakan sesuatu perniagaan.


Jika kita di kalangan LLP dan tidak mempunyai sebarang kemahiran maka pekerjaan yang bakal kita perolehi sudah tentunya tidak setanding dengan gaji kita semasa dalam ATM dahulu yang rata-ratanya memperolehi sekitar RM4000 ke atas termasuk elaun.

Paling mudah kita buat perbandingan disini adalah pekerjaan sebagai pengawal keselamatan atau Pegawai Keselamatan yang ramai di ceburi oleh pesara ATM. Gaji pokok untuk pengawal keselamatan adalah RM900 termasuk OT dan elaun hanya mampu diperolehi sekadar RM1800 sahaja, dan bagi Pegawai Keselamatan pula gaji pokok RM1200 dan di campur dengan OT sekitar RM2200 ke RM2400 sahaja itu pun setelah membuat OT selama 18 jam sehari.

Berbeza  dengan sahabat kita yang didalam Kor Tugas Khusus seperti anggota perubatan atau teknikal yang mampu mendapat pekerjaan yang lebih baik sebagai contoh seorang anggota perubatan boleh bekerja di Klinik Dialisis atau pun "Off Shore" yang menawarkan gaji cukup lumayan sekitar.

Jika anda menjalankan perniagaan sendiri anda akan lebih berjaya mencapai pendapatan yang melebihi RM4000 ke atas sebulan dan masa bekerja juga cukup terhad serta anda tidak terikat dengan undang-undang pekerjaan. Cuma yang penting adalah disiplin diri seperti juga semasa sedang berkhidmat.


Sebelum menamatkan perkhidmatan antara 2 ke 3 tahun sepatutnya kita sudah mencari sesuatu sebagai penyambung legasi pekerjaan selepas bersara. Dengan adanya pencen bulanan kita masih lagi selamat sekiranya perniagaan kita mengalami masalah atau sedikit kerugian. Kerugian bukanya setiap hari dan berterusan. Yang penting kemahuan dalam diri sendiri untuk berusaha menjadi lebih baik dan buangkan sikap "cukup bulan cucuk dinding keluar duit".

Cuba skot-skot sekalian luangkan masa selama 5 minit dan berfikirlah secara rasional yang telah saya nyatakan kepada anda dalam ruangan ini.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN DISKAUN 50% BUAT PESARA TENTERA

No comments :

Post a Comment