Nov 4, 2013

Kejatuhan Keuntungan Pasar Malam

Hujan yang masih berterusan amat dikhuatiri oleh kebanyakan peniaga pasar malam , setiap hari boleh dikatakan hujan akan turun dan kekadang selang sehari pasti hujan maka amat sukar kebanyakan peniaga mencari keuntungan malah ada yang mengalami kerugian yang teruk.



Bercakap soal untung dan rugi dalam perniagaan pasar malam tidak semestinya akibat hujan sahaja tetapi kita perlu mengkaji dari pelbagai sudut dan segi, kenapa keuntungan menurun mendadak .

Ramai dikalangan kami mengakui sejak selepas Ogos atau lebih mudah difahami sesudah berakhirnya Ramadan dan Syawal, perniagaan menjunam dengan amat ketara sekali tambahan pula harga bahan mentah yang tidak menentu seperti contoh bawang dan cili burung (cabai melaka). Harga yang melonjak dengan tiba-tiba amat menyusahkan kami membuat akaun modal.

Akibat bahan mentah yang melonjak maka saya tidak menyalahkan peniaga pasar malam yang menaikan harga barang jualan bagi menstabilkan semula keuntungan mereka. Begitu juga dengan pendapatan kakitangan (penjawat awam) yang telah pun melonjak tinggi dan rata-rata mampu berbelanja dengan baik . Kita fikir secara logik akal, harga barangan akan terus naik mengikut masa, mana boleh harga barang kekal RM1.00 dari dulu hingga sekarang . Seperti juga nenek kita ..dulu muda namun sekarang telah berusia. Maafkan saya , bukan bermaksud menyinggung sesiapa tetapi sekadar membuat perbandingan yang mudah untuk pembeli memahami.

Umpamanya sudah 4 tahun harga sebiji murtabak RM2.50 namun tahun ini terpaksa dinaikan RM3.00. Bihunsup RM3.00 dinaikan ke RM3.50. Harga ini masih dikira cukup murah berbanding lain-lain negeri. Cuma pembeli harus bijak berbelanja dengan tidak terlalu boros dan berbelanja mengikut keperluan sahaja dengan tiada unsur-unsur pembaziran. Tepuk dada tanya selera beb......

ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM , EBOOK PANDUAN HEBAT DISINI

No comments :

Post a Comment