Oct 24, 2013

Pendaftaran Wajib Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia - Denda RM10,000

Begitulah ayat di atas semasa saya terbaca di ruangan sebuah akhbar tempatan 2 minggu lepas. Saya mengambil langkah pro aktif dengan menyebarkan kepada semua kawan-kawan yang berniaga di pasar malam.

Ada yang berminat dan tidak kurang pula yang mengambil sikap acuh tak acuh.

Setiap peniaga yang menjalankan perniagaan bersifat makanan samada di pasar malam, kedai-kedai atau di mana sahaja wajib mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia . Tarikh akhir adalah sebelum 1 Jan 2014 . Selepas itu tindakan denda sebanyak RM10,000 akan di kenakan kepada mereka yang gagal berdaftar.

Borang Pendaftaran premis makanan secara online KKM. Semua pemilik premis makanan perlu mendaftar dengan kementerian kesihatan Malaysia dengan segera sebelum 1 Januari 2014. Peraturan Kebersihan Makanan mewajibkan semua premis makanan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan.
premis makanan
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas. Justeru, semua pengusaha kilang makanan, katering, restoran, gerai atau penjaja bergerak supaya mendaftarkan premis makanan masing-masing sebelum tarikh ditetapkan.
Borang Permohonan Online
Borang pendaftaran premis makanan boleh dibuat dengan melayari laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my


Sumber: Borang Pendaftaran Premis Makanan Online KKM | melvister.com 

No comments :

Post a Comment