Ramai dikalangan peniaga Pasar Malam sering merungut tentang sikap pekerja mereka yang tidak bertanggungjawab. Bekerja sambil lewa dan acuh tak acuh kata orang Penang.
Mungkin anda juga sering mengalami perkara yang sama dan anda sendiri sudah mulai tertekan ( Tension ) dengan sikap pekerja anda. Jadi apa tindakan yang telah anda ambil terhadap mereka.
Dalam menangani masalah ini terbahagi kepada 3 perkara :?????
1. Menjadi seorang Majikan yang Prihatin .
2. Menjadi seorang Majikan yang Tegas.
3. Menjadi seorang Majikan yang Keras.
3 Perkara diatas , apakah pilihan yang anda akan ambil. Setiap Majikan sikap dan perasan mereka tidak sama, perkara ini saya bincangkan dari sudut peniaga Pasar Malam sahaja. Dan ramai peniaga yang menggajikan pekerja mengalami masalah yang sama jika menggajikan pekerja.
Terdapat juga peniaga-peniaga yang 100% melepaskan peniagaan mereka kepada pekerja yang boleh di percayai. Namun percaya atau tidak percaya hanya anda sahaja yang mengetahui sikap dan tingkah laku pekerja anda . Anda lebih memahami mereka daripada orang lain kerana selama masa 5 jam berniaga anda akan berada disisi mereka.
Baiklah sekarang kita bincangkan pada perkara pertama. ( Menjadi seorang Majikan yang Prihatin).
Maksud pengertian prihatin adalah sekiranya pekerja anda membuat kesalahan adalah anda memaafkan beliau dan sentiasa berlapang dada dan membiarkan sahaja tanpa mengambil tindakan walaupun kesalahan dilakukan berulang kali.
Perkara ke 2 ( Menjadi seorang Majikan yang Tegas ).
Majikan yang tegas akan bersikap terbuka pada awal pekerja tersebut mulai bekerja dengan peniaga itu, namun peniaga atau tauke akan melihat tingkah laku dan perangai pekerja tersebut sejak dari mula bekerja sehingga lah sekarang dan sekiranya kesalahan yang sering dilakukan berulang maka tindakan akan diambil.
Perkara ke 3 ( Menjadi seorang Majikan yang Keras).
Sikap antara seseorang majikan sudah tentunya berbeza-beza dan pengertian majikan yang keras adalah yang sering tidak boleh bertolak ansur walaupun kesalahan itu kecil namun akan di marahi seolah-olah perkara tersebut melibatkan kerugian ribuan ringgit. Dan sering berleter sepanjang hari perniagaan.
Jadi yang mana satukah pilihan anda, jika saya sendiri saya akan memilih perkara ke 2 dan tindakan juga di ambil dengan secara tegasnya, sebagai contoh andainya pekerja saya memecahkan tong sup maka saya akan memotong gaji pekerja tersebut dengan sekali gus andainya harga barang tersebut sekitar RM50 kebawah. Jika barangan melebihi RM100 ke atas saya akan memotong gaji secara ansuran.
Dan saya juga akan menasihatkan pekerja tersebut secara jujur tentang pemotongan gaji dan sekiranya tidak berpuas hati saya akan sarankan beliau berhenti sahaja bekerja dengan saya. Sebagai seorang peniaga pasar malam perlu ada dalam diri kita sendiri bahawasanya pekerja datang bersilih ganti dan sudah pastinya pekerja yang bekerja di pasar malam tidak akan terus bekerja dengan anda selamanya kerana mereka juga perlukan jaminan hidup masa hadapan dengan mencari pekerjaan tetap .
Terpulang kepada anda sendiri , apakah tindakan yang wajar diambil terhadap pekerja anda . Tepuk dada tanya selera.??????
DAPATKAN EBOOK PANDUAN BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM DISINI
No comments :
Post a Comment