Sejak seminggu kebelakangan ini terdengar banyak rungutan di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang tentang kemerosotan perniagaan Pasar Malam oleh peniaga-peniaga.
Pada mulanya saya sedikit kurang setuju namun apabila perniagaan saya sendiri juga turut terjejas maka kebenaranya juga ada saya rasakan.
Namun sejauh manakah kebenarannya???? mari sama-sama kita kupas isu ini.
Sebelum pilihanraya rata-rata penduduk Malaysia tidak sabar menunggu untuk meletakkan calon masing-masing bagi bertanding merebut kerusi, begitu juga dengan peniaga pasar malam. Di Seberang Perai kebanyakan kedudukan lokasi pasar malam terletak di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil di mana bila musim PRU 13 ini setiap malam boleh di katakan ada sahaja ceramah di anjurkan oleh parti parti bertanding.
Akibat dari ceramah-ceramah ini mungkin juga menyebabkan pasar malam menjadi hambar dari kunjungan pembeli. Namun saya tidak berani mengatakannya 100% tentang perkara ini..ianya hanya sekadar pandangan sahaja. Semasa ceramah-ceramah diadakan sudah pastinya ramai peniaga akan membuka gerai-gerai berdekatan lokasi ceramah tersebut maka dengan ini sedikit sebanyak juga menenggelamkan peniaga pasar malam.
2 minggu kebelakangan ini memang nampak ketara kejatuhan dari segi jualan bukan saya sahaja namun ramai kawan-kawan yang menyatakan perkara yang sama.
Apa yang saya mampu katakan adalah agar kawan-kawan yang terlibat, bersabar dan tawakal banyak-banyak...insyallah hanya ada 6 hari sahaja lagi demam PRU-13 akan tamat dan selesai serta segalanya akan kembali pada keadaan normal....
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DENGAN HARGA YANG CUKUP MUNASABAH
No comments :
Post a Comment