Apr 11, 2013

Hujan Di Jangka Berterusan Bagi Negeri Pulau Pinang

Hujan lebat yang turun Jumaat 5 April seakan tidak mahu berhenti sehingga ke hari ini 11 April 2013 Khamis, dan kekadang apabila di kenangkan cakap-cakap orang tua ada juga kebenarannya apabila hujan mulai turun tanpa henti bermula hari Jumaat maka penutupnya juga Jumaat. Benar atau tidak kata-kata itu, marilah kita sama-sama saksikan.

Hujan dan ribut mulai turun dengan kuat pada sebelah petang semalam 10 April mulai jam 3.30 sehinggalah ke jam 2 pagi baru berhenti di sesetengah kawasan mulai berhenti sekitar jam 9 malam namun kelibat pelanggan tidak kelihatan langsung . Begitu juga hari ini hujan mulai turun jam 4 petang sehingga sekarang masih lagi hujan tanpa henti-henti.

Saya pasti ramai dikalangan kita peniaga pasar malam sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang terjejas teruk dari segi jualan pada 2 hari tersebut dan ada juga yang mengalami kerugian sehingga mencecah Ratusan Ringgit.

Bagi mereka-mereka yang berniaga sendiri tanpa menggunakan pekerja eloklah bercuti buat seketika, namun bagi yang mengupah pekerja berniaga lah secara bijak agar kerugian yang di catatkan tidak membebankan diri sendiri.

DIBAWAH BERIKUT ADALAH RAMALAN CUACA UNTUK SEMINGGU SEKITAR PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI SEBAGAI PANDUAN ANDA.

Khamis, 11/04/2013 

Ribut petir di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Mendung
 Petang : Ribut petir di beberapa tempat
 Malam : Ribut petir di satu dua tempat
 
Jumaat, 12/04/2013 

Ribut petir di beberapa tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di beberapa tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Sabtu, 13/04/2013 

Ribut petir di beberapa tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di beberapa tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Ahad, 14/04/2013 

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Mendung
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Isnin, 15/04/2013 

Ribut petir di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Ribut petir di satu dua tempat
 
Selasa, 16/04/2013 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Rabu, 17/04/2013 

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 

No comments :

Post a Comment