Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, sebelum meneruskan penulisan ini saya ingin mendoakan agar Allah melindungi seluruh Anggota Pasukan Keselamatan kita yang sedang menjalankan "OPS DAULAT" di Lahad Datu, Sabah.
Saya amat yakin akan kemampuan serta semangat juang yang tinggi didalam diri setiap anggota keselamatan kita. Jadi semoga tidak ada orang yang mempertikaikan tahap kekuatan anggota Keselamatan kita. Sebagai seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat selama 22 tahun dan pernah terlibat didalam Operasi Hutan termasuk juga berkhidmat di Bosnia Herzegovina maka saya tahu anggota Keselamatan Kita memang mampu menangani penceroboh ini.
Tahniah dengan kerjasama Polis dan ATM menangani penceroboh ini.
Baik lah kita kembali semula soal perniagaan pasar malam kita..yang nampaknya hujan kembali turun tanpa berjadual. Dalam tahun 2013 ini memang nampaknya banyak hujan dan keadaan susah untuk di ramalkan. Ramalan cuaca yang terkini juga melapurkan bahawa kawasan Pulau Pinang akan hujan pada malam ini. Sewaktu saya sedang menaip ini juga hujan sedang turun dengan lebatnya dan kawasan perniagaan saya hari ini adalah di Tasek Glugor yang memang sudah sinonim dengan kawasan hujan. Dan tidak pasti samada kawasan ini akan hujan pada sebelah malamnya.
Apa yang mampu kita lakukan sekarang ini hanya gunakan kemahiran dari segi pengalaman bagi mengurangkan kerugian dan memaksimakan keuntungan tanpa terpaksa mengeluarkan modal tambahan kerana hujan sekarang ini tidak lagi bermusim. Sebagaimana berlakunya banjir baru-baru ini di Negeri Kelantan yang mana sepatutnya tidak berlaku banjir pada Feb dan Mac.
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DIMUSIM HUJAN INI
No comments :
Post a Comment