Mar 13, 2013

Al-Fatihah buat Wira-Wira Lahad Datu

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga perniagaan anda akan bertambah maju walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini kerana hujan yang turut sentiasa meleset dari jangkaan dan ramalan.


                                                         

Malaysia sekarang ini dirundung duka akibat pencerobohan pengganas dari Sulu yang teramat biadab dan tidak bertamadun.

Semalam semasa sedang menyiapkan barangan untuk berniaga saya di kejutkan dengan kematian dua anggota keselamatan tetapi kali ini di pihak tentera. Darah ketenteraan saya mulai menyirap. Marah dan dendam pun ada, sakit hati. Bergenang air mata tatkala melihat jenazah diusung pagi tadi semasa upacara penuh adat istiadat ketenteraan sewaktu pengkebumian 2 lagi wira negara yang gugur syahid mempertahankan maruah negara dari diancam.

Apatah lagi bila membaca hasil nukilan lagu yang dicipta oleh seorang Peguam bernama Josephine hadikusomo dari Sabah khas ditujukan bagi menghargai pengorbanan wira-wira ini.

Berikut Lirik Lagu seperti di bawah:

Tidurlah
Lelapkanlah mata
Lepaskan bebanmu dalam buaian indah

Tidurlah
Lelapkanlah mata
Musim luruh kian berlepas
Malam mu jadi cahaya

Mengapa kamu
Harus pergi dulu
Mengapa kamu
Rebah..... sebelum waktunya

Bunga-bunga kan ku kalungimu

Bersama seribu kasih
Jasamu pada ku
Disanjungi
Air mataku kirim bersama

Doa bagimu, Perwira
Usah lagi berduka
Oh......

Tidurlah.......

Tak dapat aku lindungi lagi serta menipu diri ini pabila airmata ku mulai bergenang tanpa di paksa...aku juga sedar walaupun telah bersara dari perkhidmatan namun darah ketenteraan yang mengalir di tubuh ini amat jitu dan aku sanggup kembali ke medan sekiranya dipanggil untuk kembali berkhidmat dengan kepakaran ku selama 22 tahun.

Andai ada di kalangan mereka-mereka yang menghina , mengata atau mempertikaikan anggota keselamatan akan ku maki hamun golongan manusia jenis ini. Perjuangan anggota keselamatan tiada galang gantinya dibandingkan dengan apa yang pernah kami nikmati. Namun nyawa kami pertaruhkan.

Apa yang mampu aku lakukan sekarang ini hanya mampu berdoa dan memberi sedikit sumbangan sebagai menghargai jasa-jasa wira-wira yang terkorban.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DAN RM5 AKAN DIDERMAKAN KE TABUNG WIRA LAHAT DATU DENGAN SETIAP PEMBELIAN ANDA


No comments :

Post a Comment