Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Maafkan kan saya kerana gagal update blog dalam masa seminggu ini disebabkan kekangan masa yang agak padat dengan aktiviti cuti sekolah semasa tahun baru Cina berlangsung.
Ok baik lah, tajuk entry pada hari ini sengaja saya ingin paparkan buat anda semua berhubung kerugian dalam perniagaan pasar malam dibandingkan dengan mereka-mereka yang makan gaji.
Disebabkan cuaca kebelakangan ini agak kurang menentu kerana sering kali hujan walaupun pada hakikatnya bukanlah musim hujan sekarang ini sampai ramalan kaji cuaca pun agak pening semasa memberi ulasan..jika anda peka dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca anda pasti akan perasan semasa Ramalan Cuaca dalam SPM 1 Malaysia yang disiarkan setiap jam 8.25 pagi . Pada ketika itu cuaca mungkin di nyatakan cerah namun apabila berita semasa jam 10 pagi pada iklan bergerak pula akan menunjukkan cuaca mendung atau hujan, inilah yang saya nyatakan pening kepala....
Kita terus sahaja kepada tajuk kita hari ini, sebenarnya berniaga di pasar malam dan mereka yang mendapat pendapatan tetap bulanan ( makan gaji ) perbezaanya amat ketara. Kenapa saya nyatakan ketara sekali perbezaannya. Sebenarnya perbezaanya adalah dari segi pendapatan bulanan. Sebagai contoh seseorang yang makan gaji kita ambil andaian pendapatan bulanan yang diterima adalah RM5000 dan peniaga pasar malam juga menerima RM5000 . Namun dari segi perbelanjaan akan nampak begitu ketara sekali . Kenapa saya cakap begitu?????
Bagi orang yang makan gaji mereka akan merancang untuk membeli barangan apabila setiap kali wang gaji di terima, mereka akan membeli pelbagai keperluan harian dan sebagainya. Namun bagi peniaga pasar malam pulak pendapatan RM5000 belum tentu dapat digunakan untuk perbelanjaan membeli keperluan harian rumah kerana banyak perkara perlu di fikirkan .
Contoh lagi, peniaga pasar malam akan mengalami kemerosotan didalam perniagaan sekiranya hujan turun dengan lebat dan barang jualan tidak dapat dijual dan adakalanya rugi. Untuk berniaga keesokkan harinya peniaga pasar malam terpaksa mengeluarkan wang poket yang baru, maka RM5000 sudah berkurangan menjadi RM4700 sahaja sedangkan mereka yang makan gaji sudah pasti boleh membelanjakan RM300 dengan barang yang sudah pasti milik mereka.
Ini yang selalu saya suarakan kepada kawan-kawan bagaimana wang peniaga pasar malam boleh habis tanpa mendapat sebarang pun barangan untuk keperluan rumah dan semakin buruk lagi andainya hujan turun setiap hari dan wang poket terpaksa di keluarkan setiap hari ...dengan itu jumlah RM4700 akan semakin berkurangan dan mungkin hanya tinggal RM2000 sahaja , sedangkan orang yang makan gaji sudah tentu boleh menggunakan wang berbaki tersebut dengan membeli barang yang sudah pasti milik mereka.
Ulasan saya ini hanya sekadar berkongsi maklumat dan tidak berniat apa-apa kerana mungkin ramai di kalangan orang awam yang kurang faham masalah yng timbul ini, kerana itulah seorang peniaga pasar malam terpaksa kuatkan semangat bagi meneruskan perjuangan dalam perniagaan ini....sebab itu saya sentiasa tabikkkk Springggg kepada kawan-kawan seangkatan dalam perjuangan pasar malam...
Semoga kawan-kawan dapat bersabar dengan ujian dari Allah....
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG TERHEBAT DISINI
No comments :
Post a Comment