Jan 18, 2013

Berani Dalam Bijak Dengan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua . Rasanya ramai tersenyum simpul bukan sahaja di kalangan peniaga Pasar Malam tetapi seluruh Warga Malaysia , almaklumlah baru sahaja menerima bantuan persekolah sebanyak RM100 bagi setiap orang murid. Kalau ada anak seramai 5 ke 6 orang pasti lumayan namun seharusnya wang tersebut di gunakan sepenuhnya bagi menampung persekolahan anak-anak.

Baiklah tajuk entry kita pada malam ini agak samar-samar apa yang di maksudkan Berani dalam bijak. Menjalankan perniagaan bukan perkara yang mudah atau enteng walaupun dengan menggunakan modal yang sedikit kerana setiap ruang harus di ambil kira jika tidak mahu mengundang padah kerana akibatnya adalah gulung tikar.

Apa yang perlu kita fokuskan didalam perniagaan pasar malam ini. Apa perkara yang perlu kita titik beratkan dan bagaimana untuk kita mencari kepincangan di dalam perniagaan pasar malam kita. Mengapa keuntungan yang kita dambakan tidak pernah tercapai dan kita sentiasa gagal mencapai objektif setiap kali detik 10 malam tiba. Kenapa saya katakan detik 10 malam..... kerana setiap pasar malam kebiasaanya akan berakhir pada jam 10 malam justeru itu kutipan wang gagal mencapai targetnya.

Tidak mungkin kita akan mendapat keuntungan setiap hari RM300 bersih dan mungkin juga ada antara kawan-kawan yang mampu mendapat RM500 atau lebih dari itu setiap malam dengan kutipan bersih. Tetapi adakah keadaan itu stabil " maintain", mustahil bukan!!!!.

Faktor keberanian memainkan peranan penting di sini dan keberanian inilah yang kita mahukan pada diri setiap individu peniaga pasar malam dengan jati diri yang tinggi, istilah berani bukan maksud saya menerjah sesuatu dengan membuta tuli atau tanpa usul periksa. Berani dengan bijak dalam membuat segala percaturan dan pengiraan dari pelbagai aspek dan sudut. Melakukan setiap pekerjaan kita dengan ilmu yang tinggi tapi bukanya saya bermaksud perlu ada Ijazah atau Diploma. Ilmu boleh dituntut di mana sahaja siang, malam, pagi atau petang ...yang pentingya kita mahu dan ada keazamannya.

Berfikirlah secara rasional......

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA...

No comments :

Post a Comment