Nov 4, 2012

Tabungan Hujan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera, hari ini Ahad 4 Nov 2012 ..sepatutnya saya berniaga di Pasar Malam Mengkuang Titi namun semalam sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam posting bertarikh Sabtu bahawa saya tidak akan berniaga memandangkan cuaca masih lagi belum menentu dan boleh di katakan yang hujan akan turun pada sebelah petang sehinggalah ke malam hari.



Tindakan saya untuk bercuti hari ini adalah bagi merehatkan minda berserta juga poket huhuhu agar tidak selalu rabak hehehe. Mungkin anda pernah terdengar orang tua-tua berkata , " Jangan Lupa Simpan Duit Untuk Masa Depan". ayat sebegini memang cukup wajar tambahan pulak kita sebagai peniaga pasar malam. Dalam satu tahun kita tidak akan terlepas mengalami zaman kemelesetan yang amat ketara sekitar bulan Okt dan November yakni pada musim hujan .

Inilah berdasarkan pengalaman saya menjadi seorang peniaga pasar malam yang 100% penceritaan saya dari pengalaman saya sendiri melalui ranjau dan duri dengan berniaga di pasar malam. Jadi lah seorang yang bijak dalam mengharungi perniagaan pasar malam. Di dalam menjalani perniagaan pasar malam kerugian yang di alami secara berterusan akan pastinya memudaratkan ekonomi anda. Ianya berbeza pada musim atau bulan yang tidak saya nyatakan di atas...sekiranya hujan turun pada masa-masa bulan biasa tidaklah setiap hari dan cuma sekadar 1 hari dan berselang sahaja, maka dengan ini pasti kita masih lagi dapat mengawal modal pusingan dengan tidak perlu menggantikan modal dengan menggunakan wang poket.

Tetapi sekiranya musim seperti hujan sekarang ini, segalanya amat perit dan ramai yang menrungut dan ramai juga yang gagal menyelesaikan bil bulanan seperti api, air, astro, wang ansuran kereta, rumah dan sebagainya. Ini bukan cerita kosong atau rekaan...tetapi ini kisah realiti yang akan di tanggung oleh setiap peniaga pasar malam yang menjalankan perniagaan ini.

Bagi peniaga yang hanya menjadikan pasar malam sebagai "Part Time" mungkin tidak timbul sangat masalah kerana kalau gagal mendapat untung masih ada gaji bulanan yang boleh di ambil sebagai perbelanjaan, tetapi yang menjadikan pasar malam sebagai sumber pendapatan pasti akan menghadapi sedikit masalah.

Maka di waktu dan di kala hujan ini lah kita menggunakan wang simpanan selama 8 bulan yang lepas yang telah kita simpan sejak awal tahun lagi bagi menampung sedikit sebanyak bayaran bil dan perbelanjaan harian. Segala pendapat dan panduan semuanya terdapat di dalam ebook THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE


PANDUAN EBOOK PASAR MALAM BAGI ANDA YANG MASIH BELUM KETAHUI KLIK DI SINI.

No comments :

Post a Comment