Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
Oct 24, 2012
Pewaris Pasar Malam - WARIS
Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, moga sihat walafiat hendaknya. Malam ini ada sesuatu yang agak menarik untuk kita bicarakan sebagai panduan bagi yang mempunyai anak.
Tajuk entry amat menarik bila di terjemahkan dan mempunyai pelbagai pengertian dan maksud yang tersendiri . Ramai peniaga pasar malam mempunyai anak yang bakal mewarisi perniagaan setelah pengasasnya tidak lagi mampu meneruskan akibat faktor usia yang sudah lanjut atau sebagainya.
Sekiranya anda mempunyai anak dan anak anda mungkin juga berminat dalam perniagaan pasar malam atau pun lain-lain perniagaan maka teruskan hasrat tersebut. Namun begitu pelajaran dan akademik perlu di beri perhatian yang lebih serius kepada anak-anak agar mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mampu mengubah nasib diri sendiri. Ramai orang berkata, kalau bapa berniaga di pasar malam tak kan anak pun nak ikut berniaga di pasar malam. Dalam kontek ini , ada pro dan kontra dan masing-masing mempunyai pendapat dan hujah masing-masing.
Penulisan ini adalah dari kotak pemikiran saya sendiri dan melalui pengalaman yang saya lalui dalam menempuh ranjau dan duri kehidupan sebagai peniaga pasar malam. Anak-anak merupakan satu aset yang sangat berharga bagi ibubapa yang prihatin dan ambil peduli kerana ramai juga di kalangan ibubapa tidak menitik beratkan pelajaran anak-anak. Bagi saya terdapat 2 ciri yang ada dalam diri anak-anak, iaitu yang berminat belajar dan yang tidak berminat belajar. Bagi anak-anak yang berminat belajar eloklah di beri dorongan agar mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi dan sejauh yang mereka inginkan, bagi anak yang berminat meneruskan pelajaran rasanya tidak mempunyai masalah untuk kita menguruskan mereka.
Yang cukup bermasalah adalah anak yang tidak minat belajar dan tambah masalah lagi, dah la malas belajar dan malas bekerja, ini yang amat susah sekali. Anda pasti mengenali anak anda sendiri. Anak-anak begini sebaiknya di bawa bersama ke pasar malam membantu ibubapa berniaga agar mereka di dedahkan dengan perniagaan ini untuk mereka mengenali dengan lebih rapat lagi dan sebaiknya dari seusia muda lagi dan berikan sedikit ganjaran umpama gaji kepada mereka agar mereka lebih berminat membantu kita kerana ramai di kalangan ibubapa tidak membayar langsung keringat anak dengan alasan hanya membantu, perkara sebegini sebenarnya tidak wajar berlaku.
BERSAMBUNG PADA SIRI AKAN DATANG....DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DENGAN KADAR SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA DI SINI.
No comments :
Post a Comment