Oct 7, 2012

Cara Atasi Pesaing Anda

Salam dan selamat sejahtera, saya baru je balik dari berniaga di Pasar Malam Mengkuang . Badan terasa sedikit keletihan namun di sebabkan saya menerima satu sms daripada salah seorang pelanggan yang pernah membeli ebook Pasar Malam maka saya terus on laptop dan tajuk entry seperti di atas yang akan kita bincangkan Malam ini.



Bagaimana Untuk Mengatasi Pesaing Anda? itu soalan yang di ajukan oleh sahabat tersebut kerana sekarang ini ramai peniaga Pasar malam terpaksa bersaing di sebabkan menu jualan kebanyakkan sekarang ini sama sahaja dan menu yang paling meletup di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang sekarang adalah nasi kerabu dan nasi dagang. Tentu anda tertanya-tanya kenapa menu ini paling hangat sekarang dan di pasar malam Taman Pauh berhadapan Politeknik dan Uitm terdapat lebih kurang 6 orang yang menjual menu ini, tentunya anda telah sedia maklum bahawa di kawasan ini ramai pelajar terdiri dari Pantai Timur terutamanya orang Kelantan.

Bila mana terdapat menu yang sama dan ramai yang menjualnya sudah pasti berlakunya saingan yang maha hebat , dimana siapa yang hebat dia akan menang tetapi pastikan dengan cara yang jujur dan bukan sebaliknya. Dunia perniagaan memang penuh dengan ranjau yang berduri dan salah satunya adalah persaingan dan bagaimana cara untuk anda mengatasi persaingan ini dengan cara yang cukup sihat dan amat berkesan.

Seperti saya juga, banyak juga yang timbul perniagaan bihunsup di kawasan perniagaan saya tak kira besar atau kecil di mana sedikit sebanyak pasti menjejaskan perniagaan anda dan saya juga.

Mungkin akan ada musuh-musuh dalam selimut anda yang menyampaikan perkhabaran bahawa makanan Si Anu yang baru berniaga itu lebih sedap dari anda... dan sedikit sebanyak menggoyahkan perasaan anda , anda pastinya tak senang duduk dan tak lena tidur...mungkin pernah berlaku kepada anda, saya dan orang lain kerana ini tidak mustahil.

Jawapan kepada persoalan tersebut senang sahaja, anda hanya perlu buat "don;t know" jerk, dan katakan pada diri anda yang ramai lagi pelanggan anda yang masih tetap setia dan akan terus melanggan gerai anda selagi anda ikhlas pada mereka. Maksud ikhlas adalah dari mula anda memasak sehinggalah ke proses menjual tanamkan sifat jati diri, ikhlas dan mesra pelanggan. Maka dengan itu nescaya perniagaan anda tidak akan terjejas walaupun wujudnya 100 peniaga yang menjual menu yang sama dengan anda . Mulai segalanya dengan lafaz Bismillah dan kemudian niat mendapat keuntungan yang banyak dengan bertawakal kepada Allah. Saya yakin dan amat yakin dengan niat yang ikhlas dan jujur maka anda akan beroleh kemenangan . Insyaallah Aminnn.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI TERKINI


No comments :

Post a Comment