Aug 30, 2012

MERDEKA MERDEKA MERDEKA ...31 OGOS 2012

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat.. Merdeka Merdeka Merdeka , itulah ungkapan yang semua sedang nanti-nantikan menjelangnya detik 12 malam nanti dan saya pasti sudah ramai yang keluar ke tempat-tempat yang mengadakan acara sambutan mengikut lokasi masing-masing.



Pastinya sambutan yang di adakan juga berbeza dari segi matlamat samada hiburan ataupun kesedaran mahupun penghayatan erti kemerdekaan itu sendiri mengikut persepsi masing-masing. Yang pentingnya sambutan yang di adakan tidak tersasar dari tajuk asal iaitu MERDEKA.

Kemerdekaan memang mudah diucapkan namun bukannya mudah untuk di dapati atau senang menikmati erti kemerdekaan itu kerana banyak pertumpahan darah yang berlaku sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan yang hakiki dan bebas dari penjajahan British...

Sebagai seorang bekas anggota tentera yang pernah mengharungi kehidupan dalam perkhidmatan ATM selama 22 tahun saya amat rasa terharu di atas pengorbanan anggota-anggota yang terdahulu dari saya atau pun lebih tepat Datuk dan nenek kita sendiri yang memikul senjata samada dalam perkumpulan atau individu tat kala kita di jajah baik British atau pun PKM yang pernah bermaharajalela di Belantara Malaysia dahulu...kerana saya sendiri pernah terlibat di dalam Operasi hutan yang menuntut banyak kesabaran dan pengorbanan apatah lagi pada zaman dahulu yang serba kekurangan kelengkapan moden.

Kepada Generasi Y yang enak di buai mimpi ...cuba celik mata dan sedar betapa pengorbanan menuntut kemerdekaan bukanlah semudah ucapan yang di laungkan di Dataran Merdeka sebagaimana yang dapat kita saksikan di kaca TV tetapi terlalu syahdu untuk di gambar dan di kenangkan ..tapi itulah hakikat sebenarnya yang perlu kita tanam di dalam minda...Oleh itu sayangi lah negara kita Malaysia dan janganlah di sebabkan perbezaan politik kita cuba memusnahkan Negara yang aman dan damai dan janganlah membawa negara kita ke kancah kehancuran sebagaimana dapat kita saksikan di luar negara.....

Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke - 55 tahun buat seluruh Warga Malaysia dan buat pejuang yang telah terkorban ku hadiahkan Al-Fatihah dan semoga roh kalian di cucuri rahmat dari Allah yang esa..Amin ..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA

No comments :

Post a Comment