May 24, 2012

Besar Periuk VS Besar Kerak

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua dan semoga ramai di kalangan kita yang beroleh rahmat dan kebahagiaan yang hakiki dari Allah SWT.

Hari ini saya akan bincangkan tajuk seperti entry di atas yang memangnya berlaku di kalangan peniaga pasar malam seperti kita dan ianya benar-benar wujud dan bukan omongan kosong semata-mata.



Matlamat kita menjalankan perniagaan pasar malam sebenarnya berbeza dari seorang dan yang lain kerana ada yang berniat sebagai "Part Time" dan ada yang sepenuh masa sebagai pendapatan tetap bulanan. Memang tidak di nafikan pendapatan peniaga pasar malam kini rata-rata meningkat dengan cukup mendadak dan amat tinggi sekali di antara RM3000 ke RM9000 sebulan dan ada yang mencecah sehingga belasan ribu sebulan. Ada yang berniaga seminggu 5 hari dan sebulan hanya 22 hari sahaja pun mampu menjana pendapatan sehingga RM7000 ke RM8000 sebulan, semua ini berkat kegigihan peniaga itu sendiri merempuh panas dan hujan dengan berkat sabar dan itulah hasil yang Allah anugerahkan.

Namun yang menjadi persoalannya adalah kemana perginya semua wang hasil keuntungan perniagaan tersebut, segala akaun dan ledger keluar masuk wang memang cantik dan tiada cacat celanya, namun bila tiba hujung bulan setelah penutup akaun wang keuntungan RM8000 namun yang ada hanya RM1000 .... kemana perginya lebihan RM7000 lagi, pasti ada yang tertanya-tanya " mana perginya duit aku "?????..

Perkara ini menjadi isu yang kami bualkan minggu lepas setelah seorang dari kami mengajukan persoalan yang sedang kita bicarakan. Setelah lama berbual maka kami mula nampak di mana kepincangannya dan kemana perginya wang tersebut....

Sebenarnya segala wang tersebut telah di belanjakan tanpa berhemah atau ertikata lain tanpa perancangan atau bajet pembelian sesuatu barang kerana ramai mentaliti peniaga berkata" habis hari ni esok dapat lagi", " Keluar RM200 esok masuk RM300"... dan inilah satu persepsi yang cukup salah dan mengundang ke arah kehancuran dalam menjana keuntungan sistem perniagaan, tidak kiralah apa saja perniagaan yang anda jalankan samada besar atau kecil dan sebagainya.

Sepatutnya anda lebih berhemah dan berjimat cermat. Sebagai contoh anda ambil gaji anda RM100 sehari dan dengan RM100 itulah anda menggunakannya untuk makanan dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai perancangan membeli pakaian atau hiburan buat keluarga anda boleh menggunakan wang simpanan dari lebihan keuntungan yang telah anda simpan di bank. Cuba anda bayangkan mereka yang mempunyai pendapatan tetap dan hanya memperolehi gaji hanya RM3000 sebulan dan dengan jumlah tersebut mereka mampu membayar rumah, kereta , makanan dan keperluan hidup walaupun terasa sedikit perit namun mereka berjaya menggunakan wang gaji mereka dengan berhemah....

Saya pasti sekiranya di kalangan kita peniaga pasar malam berhemah dalam menggunakan wang keuntungan maka sesungguhnya anda mampu hidup dalam serba selesa dan bahagia, jadi SELAMAT BERAMALLLLL....

PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM KLIK DI SINI . EBOOK INI PENUH INFORMASI DAN DISKAUN 10%

No comments :

Post a Comment