Dec 2, 2011

Bila Azan Berkumandang

Salam dan selamat sejahtera kepada semua yang meminati Blog Pasar Malam dan luvv u all my frend yang seangkatan dengan saya sebagai peniaga Pasar Malam.

Inspirasi tajuk di atas saya perolehi baru je kejap tadi semasa menonton TV 3, cerita berkaitan seorang anak yang lupakan tanggungjawab kepada ibu dan banyak melakukan dosa.

Apa yang ingin saya utarakan pada tajuk di atas adalah betapa pentingnya solat yang di wajibkan kepada kita umat Islam kerana Allah telah menjanjikan Syurga di akhirat kelak kepada hambanya yang tidak meninggalkan solat.



Saya sering terbaca di forum-forum yang ramai memperkatakan tentang peniaga pasar malam tidak bersolat dan mangabaikan solat. Bagi saya semua ini tidak benar sama sekali.. mungkin apa yang di lihat tidak menggambarkan majoriti peniaga pasar malam dan saya akui ada yang tidak menunaikan solat tetapi agak terpencil kerana apa yang saya perhatikan selaku peniaga pasar malam yang sentiasa berada di pasar malam sewaktu Magrib dan Isyak.

Mungkin yang anda perhatikan secara kebetulan dan kebiasaanya bagi peniaga yang menggunakan pekerja .. mereka akan bergilir-gilir menunaikan solat kerana hampir semua lokasi tapak pasar malam di Seberang Perai mempunyai surau yang di sediakan oleh penganjur dan lengkap dengan semua kemudahan asas termasuk tandas dan sejadah ..bak kata semuanya serba lengkap.

Kami juga sentiasa memikirkan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan sebagai peniaga kami amat memerlukan keredaan Allah bagi menikmati rezeki yang melimpah ruah..insyallah.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DI SINI

No comments :

Post a Comment